
Baru-baru ini, berita arus perdana BERNAMA melapurkan, harga serta permintaan yang tinggi bagi bayi dikatakan merupakan antara punca kegiatan menjual bayi masih berleluasa.Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibupejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan menerangkan, sindiket penjualan bayi yang sudah lama wujud ini semakin berleluasa kerana terdapat permintaan yang sangat tinggi terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat.
Tahun lalu, kes yang sama juga telah berlaku di sebuah klinik di Selayang dan sebuah rumah di Subang Jaya. Rumah tersebut telah diserbu Polis Bukit Aman serta menyelamatkan dua bayi berusia tiga dan empat hari.- Dalam serbuan pertama di klinik berkenaan pada 3 petang Sabtu lalu, polis telah menahan empat wanita - dua rakyat tempatan dan dua warga asing - termasuk dalangnya, serta merampas berpuluh sijil kelahiran yang sudah diisi dan kosong.
Datuk Abdul Jalil Hassan turut berkata seorang bayi boleh mencapai harga melebihi RM20,000 berdasarkan kesempurnaan dan kecerahan warna kulit.Katanya, Harga menjadi lebih tinggi sekiranya disertakan dengan dokumen pengenalan diri seperti Sijil Kelahiran semasa pembelian.
Abdul Jalil menjelaskan kebanyakan bayi dijual pada lingkungan umur satu hingga tiga bulan namun ada juga kanak-kanak berusia sehingga enam tahun turut dijual.
Kegiatan terancang ini bermula dengan penjagaan rapi yang diberikan kepada ibu-ibu yang mengandung di pusat penjagaan haram, bagi menghasilkan bayi yang sihat demi mendapatkan nilai jualan yang tinggi,katanya.- menurut Abdul Jalil selanjutnya, wanita yang dihantar ke pusat penjagaan haram ini biasanya terdiri daripada gadis yang mengandung anak luar nikah dan juga wanita warga asing yang tidak mahukan bayi kandungan mereka dan sanggup menjual untuk mendapatkan wang.
Statistik D7 mencatat sembilan kes menjual bayi tahun lalu berbanding 20 kes pada tahun sebelum itu. Misalnya pada Januari 2011, polis berjaya menumpaskan kes penjualan bayi yang berumur antara lima hingga tujuh hari yang dijual dengan harga antara RM15,000 hingga RM20,000.- Polis turut berjaya menyelamatkan tiga orang bayi, seorang ibu kepada salah seorang bayi ini serta dua wanita yang sarat mengandung di Selangor.
Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan SRamamurthy juga tidak menolak kemungkinan kegiatan menjual bayi berlaku di kawasan pedalaman."Sindiket pemerdagangan bayi semakin rancak di kawasan pedalaman kerana kebanyakan keluarga amat terdesak untuk mendapatkan duit. Namun ia sukar dikesan," katanya.
Beliau turut mempertanggungjawabkan kepada segelintir klinik swasta yang sanggup bekerjasama dengan sindiket untuk memalsukan rekod kelahiran bayi, bagi memudahkan bayi dijual.



February 16, 2012 1:27 PM
Sindiket perdagangan bayi ini patut ditumpaskan oleh pihak polis kerana perbuatan ini sangat tidak bertanggungjawab.
February 16, 2012 2:04 PM
Ok sikit lah dari membuang bayi tapi tetap saja perbuatan ini salah di sisi undang2 dan juga agama.
February 17, 2012 10:10 AM
Macam-macam orang sangup buat untuk duit.
February 17, 2012 1:58 PM
Hopefully there will be action taken against this form of human trafficking
February 18, 2012 8:13 AM
sanggup ibubapa bayi ni menjual anak mereka pada sindiket perdagangan bayi. ataupun bayi ni diculik kemudian baru dijual oleh sindiket2 ni?
February 18, 2012 9:11 AM
kegiatan ini harus dibanteras, bayi bukan untuk dijual.
February 18, 2012 9:44 AM
Kenapa mahu jual? Kesian bayi tu. Harap2 polis dapat mengesan dan menangkap mereka yang merancang penjualan bayi.
February 20, 2012 10:32 AM
Ini disebabkan oleh permintaan yang banyak menyebabkan kes ini berlaku.
February 20, 2012 10:33 AM
Jika tidak ada permintaan maka tidak adalah penawaran diberikan oleh pihak lain.
February 20, 2012 3:42 PM
ambil tindakan bukan sahaja terhadap sindiket, malah terhadap ibu yang menjual anak mereka dan juga pihak hospital yang melakukan kerja haram ini..
Post a Comment