Justeru, penyokong Himpunan Hijau 2.0 berkumpul di padang Majlis Perbandaran Kuantan untuk membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi (radioaktif) Lynas Corporation di Gebeng, Pahang baru-baru ini.
Perhimpunan tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menghentikan pembinaan kilang bernilai RM2.5 bilion milik Australia, yang dijangka akan memudratkan kesihatan hasil dari bahan buangan radioaktif itu nanti.
Walau macam mana pun, Datuk Seri Najib Razak bertindak ala-ala seorang pakar nadir bumi, mengetepikan kebimbangan yang dibangkitkan peserta demonstrasi anti-Lynas menegaskan loji pembersihan nadir bumi bernilai RM700 juta di Kuantan adalah selamat dari segi “fakta dan saintifik”.- Perdana Menteri mendakwa pembangkang menggunakan isu itu untuk mendapatkan
sokongan politik dengan menyerang kerajaan “Tetapi apa yang mereka lakukan ini tidak menemui sebarang penyelesaian. - “Kita mahu mencari penyelesaian yang boleh diterima tetapi pada masa sama tidak akan menjejaskan pelaburan kita ” katanya
Najib mengatakan kerajaan telah mengkaji semula operasi Lynas Corp dan syarikat itu telah diberikan garis panduan ketat untuk dipatuhi - “Kita tidak akan memberikan lesen kendalian melainkan kami berpuashati bahawa penduduk tempatan boleh menerima projek ini selamat ” katanya
- Beliau berkata salah satu syarat yang dikenakan terhadap Lynas Corp adalah sisa toksik yang dihasil ditempatkan di satu lokasi yang jauh dari penempatan penduduk.
Sebelum itu, Pemaju hartanah di sekitar Kuantan terutamanya yang mempunyai projek pembangunan sekitar kawasan Balok, Gebeng, Beserah dan sekitarnya kini mula merungut akibat "pelanggan lari" gara-gara pembinaan kilang memproses rare earth Lynas Corporation. Menurut seorang pemaju yang dihubungi mangatakan,
Senario ini bakal menyebabkan ramai pemaju hartanah bakal "gulung tikar" sebenarnya.
Mungkin saya sendiri tidak dapat beli rumah akibat masalah yang berlaku. Semua ini gara-gara projek Lynas Corporation itu!", kata seorang kakitangan kerajaan.



Post a Comment