Bagi mencapai status sebagai negara maju, Malaysia kena lipat gandakan usaha dan mengambil pendekatan baru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan melakukan pendekatan ‘Quantum Leap’, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Yahya HussinBerdasarkan kriteria Bank Dunia, rakyat Malaysia perlu mencapai pendapatan per kapita sebanyak RM54 ribu setahun untuk menjadikan Negara diiktiraf sebagai negara maju berpendapatan tinggi.
Beliau berkata ketika kini pendapatan per kapita rakyat hanyalah di paras RM19 ribu. Ia bermakna negara perlu mencapai pertumbuhan ekonomi pada kadar sekurang-kurangnya 5.4 peratus setahun bermula tahun 2012 hingga 2020.
- Untuk mencapai kriteria Bank Dunia itu, Malaysia terpaksa perkenalkan pendekatan yang bersandarkan kecekapan, kemahiran, kepakaran dan penggunaan teknologi tinggi dengan mencontohi budaya kerja sektor swasta dalam usaha mengurangkan kos pengeluaran bagi meningkatkan daya saing sektor pertanian, kata Yahya Hussin.
- “Pada masa sama, kita juga perlu memandang ke depan kerana sumber-sumber pengeluaran utama kita semakin berkurangan,” katanya pada program roadshow dasar agromakanan negara di sini Khamis lalu.
- Yahya yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, sudah tiba masanya untuk mengeksploitasi kelebihan yang sedia ada dengan lebih mantap sebagai pengeluar yang terhindar daripada penyakit yang merbahaya.
- Menurutnya, kawasan persisiran pantai yang luas dan sesuai bagi kegiatan akuakultur serta tanah-tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk kebanyakan tanaman tropika yang boleh dikomersilkan perlu dieksploitasi secara optimum.
Yahya berkata, komoditi-komoditi itu perlu dibangunkan dengan menggunakan pendekatan-pendekatan moden dan teratur serta mengambil pendekatan ‘Blue Ocean Strategy’ melalui penciptaan pasaran terbuka tanpa persaingan dan menghindari persaingan yang nyata.Beliau berharap dasar ini dapat dijadikan panduan bukan sahaja oleh jabatan dan agensi kerajaan tetapi juga pihak swasta, petani, penternak dan nelayan yang merupakan pemain utama industri agromakanan negara.
Sumber: Utusan Malaysia



February 28, 2012 3:25 PM
Usaha tersebut adalah usaha berterusan dan jangka masa yang agak panjang. Diharap perancangan yang dibuat mampu mencapai sasaran tersebut.
February 28, 2012 11:05 PM
Sama-samalah kita bgerusaha untuk mencapai kriteria Bank Dunia itu. Kalau tercapai kita juga yang dapat faedahnya.
February 28, 2012 11:06 PM
Semoga semua yang dirancang berjalan lancar:)
February 29, 2012 8:50 AM
Malaysia kena berusaha keras dalam tempoh 8-9 tahun lagi untuk merelisasikan pendapatan per kapita RM54 ribu.
February 29, 2012 10:51 AM
mampukah Malaysia mencapai sasaran berikut untuk mencapai negara maju pada 2020?
March 1, 2012 10:27 AM
majukan dulu negeri Sabah dan Sarawak..
March 3, 2012 8:53 AM
Maka semua ini bergantung dengan pengurusan kerajaan kita sekarang ini. Jika pengurusan dibuat dengan baik rasanya apa yang ingin dicapai pasti akan terlaksana.
Post a Comment