
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengimbangi pembangunan di kawasan bandar dan luar bandar untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana boleh menikmati kehidupan yang selesa di bandar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Perdana Menteri berkata, dengan keseimbangan ini, ia membolehkan bukan sahaja mereka yang berpendapatan tinggi mampu hidup selesa di bandar malah mereka yang lain termasuk kakitangan awam juga hidup dalam selesa dan sejahtera.
“Pada hari ini, lebih 60 peratus daripada penduduk Malaysia menjadi penghuni di kawasan bandar besar dan kecil.- “Sebab itulah sambil kita menguruskan pembangunan luar bandar, kita perlu juga imbangi kemudahan dan pembangunan di kawasan urban supaya kawasan bandar tidaklah hanya untuk mereka yang berpendapatan tinggi sahaja manakala mereka yang makan gaji, pendapatan kecil dan sederhana tidak dapat tinggal di bandar dalam keadaan selesa,” katanya.
- Najib berkata, di bawah agenda transformasi kerajaan dan transformasi ekonomi, kesejahteraan hidup di bandar juga menjadi agenda penting yang diberi perhatian oleh kerajaan dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di bandar.
Antara aspek penting yang diberikan tumpuan adalah penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam menerusi pembinaan Projek Aliran Transit Massa Lembah Klang (MRT) serta inisiatif lain seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Amanah Saham Rakyat 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), katanya.


February 20, 2012 1:10 PM
Harap pembagunan akan dilaksanakan dengan lebih seimbang supaya mereka yang miskin dan sederhana miskin boleh meningkatkan kualiti kehidupan mereka.
February 20, 2012 9:19 PM
kerajaan patut memfokuskan kepada peningkatan kuasa beli penduduk yang tergolong dalam berpendapatan rendah atau sederhana yang tinggal di kawasan bandar.. terutamanya berkenaan dengan rumah.. harga rumah hari ini benar2 diluar kemampuan penduduk yang berpendapatan rendah.. jika adapun rumah kos rendah, mereka yang mempunyai kuasa wang juga yang dapat dulu..
February 21, 2012 3:06 PM
pembangunan di luar bandar kena diutamakan, biarkan ia seimbang dgn dibandar.
February 21, 2012 5:46 PM
Makanya, bukan perancangan pembangunan yang sistematik saja penting malah peringkat implementasi sesuatu projek itu harus dibuat dengan telus.
February 21, 2012 5:49 PM
Transformasi yang ingin dilaksanakan biarlah bakal memberikan impak yang positif kepada rakyat secara keseluruhan dan bukan hanya kepada segelintir pihak. Pembangunan di kawasan bandar dan luar bandar harus seimbang.
February 22, 2012 9:12 AM
Kerajaan perlulah memastikan setiap langkah pembangunan itu mambawa impak yang positif kepada rakyat tempatan.
February 22, 2012 9:13 AM
Berusahalah mengurangkan jurang di antara kemiskinan dan kekayaan dalam negeri supaya lebih seimbang.
February 22, 2012 2:45 PM
Itu sudah semestinya. Keseimbangan pembangunan perlu dilakukan bagi memastikan setiap penduduk merasai pembangunan yang diberikan kepada mereka.
February 22, 2012 2:45 PM
Itu sudah semestinya. Keseimbangan pembangunan perlu dilakukan bagi memastikan setiap penduduk merasai pembangunan yang diberikan kepada mereka.
February 22, 2012 6:16 PM
Yes, balance the expansion plan, city & rural area should enjoy the same.
February 22, 2012 6:17 PM
Usaha ini amat dibanggakan agar semua orang berada di prestasi yang sama.
February 22, 2012 6:19 PM
Kempen membasmi kemiskinan amat diperlukan.
February 22, 2012 6:21 PM
Good luck and hope to see this come in real.
February 22, 2012 6:23 PM
Walaupun tidak semua tempat, tetapi perancangan harus ada.
February 22, 2012 6:25 PM
Teruskan usaha agar Sabah lebih berkembang dari segi ekonomi dan semu arakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.
February 23, 2012 4:16 PM
Pembangunan harus seimbang. Tapi kawasan pendalaman jangan tercicir.
February 23, 2012 4:18 PM
Rakyat kawasan pendalaman pasti menanti-nantikan kemajuan. Kerajaan harus berterusan untuk memastikan seluruh pelusuk Sabah dibangunkan dan dimajukan.
Post a Comment