Saya agak tersentak dan keliru bilamana Perdana Menteri Datuk Seri Tun Abdul Razak mengumumkan di Lahad Datu Sabah bahawa Negeri Sabah kini bukan lagi dikategorikan sebagai negeri miskin.Justifikasi beliau ada lah berasaskan projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur di Kampung Nala, Tungku , Lahad Datu yang dilancarkan baru-baru ini.
Kata Najib, nilai setiap rumah yang disediakan lebih RM42,000 dan ini tidak termasuk nilai tanah, elektrik dan air yang menjangkau lebih RM60,000 dan semua ini kita berikan secara percuma kepada mereka yang terlibat.- Dalam masa yang sama, beliau menyatakan kalau dulu 30,000 rakyat Sabah yang miskin tetapi hari ini hanya tinggal 7,000.
- Kalau lah yang dimaksudkan oleh PM itu dituju khas kepada warga kampung Nala maka tiada apa yang perlu dipertikaikan tetapi bila beliau merangkumi rakyat Sabah secara keseluruhannya, saya rasa ada lah tidak tepat dari aspek logistik.
Kecuali pemberita BERNAMA tersasul memuatkan tajuk berita tersebut, kenyataan najib bahawa negeri Sabah bukan lagi negeri termiskin ada lah mengelirukan atau sekadar gimik politik untuk memancing undi pada PRU13 nanti. Kerana hingga hari ini belum ada perangkaan baru yang dibuat bagi menyangkal kan lapuran November,2010 Bank Dunia menyatakan Sabah maseh lagi negeri yang termiskin di Malaysia.


February 20, 2012 1:12 PM
Usaha yang lebih perlulah diberikan untuk membangunkan lagi Sabah daripada kemiskinan.
February 20, 2012 2:22 PM
apa yang penting, skala gaji di Sem M'sia dan Sabah & Sarawak harus diselenggarakan dengan adil dan sama rata
February 20, 2012 2:23 PM
Rakyat Sabah akan melihat dan menilai sendiri bagaimana janji kerajaan BN pada kali ini dari aspek kejujurannya kerana semua itu akan diterjemahkan oleh rakyat itu sendiri dalam memutuskan keyakinan mereka
February 20, 2012 2:24 PM
walau bagaimanapun, semuanya di tangan rakyat Sabah untuk menentukan nasib BN dan parti2 pembangkang
February 20, 2012 2:25 PM
apa yang penting ialah tanpa janji kerajaan harus terus komited untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk menjaga kepentingan seluruh rakyat negari ini.
February 20, 2012 2:25 PM
semoga kerajaan BN Sabah akan kekal mentadbir negara ini dengan baik dan cemerlang di mana rakyat dapat menikmati rahmat kemakmuran secara sama rata
February 20, 2012 8:59 PM
kadang kala, Najib tidak boleh bergantung dengan maklumat yang disampaikan terus oleh pemimpin2 akar umbi beliau.. beliau patut turun sendiri melihat negeri Sabah yang luasnya mampu membentuk lima atau lebih buah negeri.
February 21, 2012 3:11 PM
jika benar Sabah bukan lagi negeri termiskin, ia adalah satu pencapaian yang baik untuk Sabah. kita harus gembira mendengarnya.
February 21, 2012 3:13 PM
apapun, kita perlu teruskan lagi usaha dalam meningkatkan ekonomi Sabah agar menjadi negeri yang kaya.
February 21, 2012 5:56 PM
Sebelum ini, Sabah miskin dari segi apa jika dibandingkan dengan negeri2 lain?
February 21, 2012 5:57 PM
Pandai-pandailah rakyat nilai di mana tahap negeri Sabah sekarang.
February 22, 2012 9:25 AM
Untuk membanteras isu kemiskinan dalam negeri Sabah perlulah menggerakkan usaha yang berterusan.
February 22, 2012 2:48 PM
Mungkin PM melihat untuk masa akan datang. Dengan pelbagai pembangunan yang dibuat ini akan dapat mengeluarkan Sabah dari negeri termiskin.
February 23, 2012 4:25 PM
Usaha yang berterusan dari kerajaan untuk rakyat bagi memastikan benar2 tiada lagi miskin tegar di Sabah.
Post a Comment