SUARA BEBAS TUARAN

Penubuhan Tribunal Tanah Adat Wajar Untuk Sabah?


Baru-barnu ini Cadangan penubuhan Tribunal Tanah Adat diketengahkan oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, pada Simposium Hak Tanah Adat Sabah yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.
Richard berkata, penubuhan tribunal itu mampu menyediakan satu platform yang berkesan untuk menyelesaikan isu tanah adat.
  • Katanya, badan berkenaan adalah sama dengan yang ada di negara luar seperti Tribunal Waitangi di New Zealand yang mampu melancarkan penyelesaian perkara berkaitan tanah.
  • “Mungkin sudah tiba masanya kerajaan negeri mempertimbangkan untuk menubuhkan tribunal berkenaan daripada meletakkan kes isu tanah adat di Mahkamah Sivil. Mahkamah juga mempunyai limitasinya sendiri termasuklah kekurangan hakim,” katanya.
Dalam isu yang sama, Kerajaan Negeri mengalu-alukan cadangan menubuhkan tribunal atau suruhanjaya bagi menyelesaikan masalah melibatkan tanah adat di sini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman.
Beliau berkata, pihaknya sentiasa menerima cadangan-cadangan bernas bagi memperkasakan sistem perundangan di negeri Sabah di samping mengutamakan kebajikan rakyat jelata.
  • “Kita sambut baik cadangan untuk menubuhkan tribunal bagi menyelesaikan isu-isu tanah adat di negeri ini memandangkan ia belum lagi diwujudkan.
  • “Seperti yang anda semua tahu, kerajaan negeri melaksanakan program perintis pemilikan tanah secara bersama yang memberi peluang kepada penduduk tiada tanah untuk memiliki sebidang tanah” kata Musa.
  • Dalam pada itu, Parti Bersatu Sabah (PBS) menyatakan sokongan penuh dan merancang membawa cadangan penubuhan tribunal tanah adat kepada Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) mengenai Isu-isu Tanah yang dipengerusikan Ketua Menteri untuk dibincang dan diperakukan kepada kerajaan negeri.
  • Setiausaha Agung PBS, Datuk Henrynus Amin berkata idea penubuhan tribunal tanah adat amat baik dan partinya mengharapkan ia segera dilaksanakan oleh pihak berkuasa berkenaan.
  • "BN Sabah telah mengenalpasti isu tanah sebagai satu daripada prioritinya dengan Ketua Menteri sendiri mengetuai usaha mencari jalan penyelesaian," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Parti UPKO juga dikatakan mengalu-alu usaha Penubuhan sebuah Tribunal Tanah Adat di Sabah untuk memastikan pertikaian mengenai isu tanah adat dapat diselesaikan.
Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata tribunal sedemikian sememangnya diperlukan di Sabah bagi menyelesaikan isu berkaitan dengan Hak Tanah Adat kerana ia adalah cara yang terbaik.
Sumber : Agensi, Utusan Borneo, SabahKini
26 comments:

natives have the right to protect their rights when they are being oppressed or their rights encroached


Government is aware and concerned and open to listen to problems faced by the people that involves the natives


Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sebagai pengerak kepada pelbagai sektor ekonomi untuk bersaing di peringkat global.


Opening the Symposium on Sabah Native Land Rights: Issues, Challenges and the Way Forward at the Universiti Malaysia Sabah (UMS). Chief Justice of Sabah and Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum
had said that land issues, especially related to native lands, were the root cause of many problems not only in Malaysia but throughout the world since land is a limited commodity.

Malanjum was reported as saying that each of the 1.49 million natives in Sabah now has an average of only 0.8 acres compared to the 1.81 million non-native population, which has an average of 2.024 acres per person.

Malanjum who officiated at the symposium in his capacity as the founder of Pusat Sumber Adat dan Mediasi Kaum Anak Negeri Sabah (Pusaka), which was the co-organiser with Kadazandusun Chair and School of Social Sciences, UMS, also said the problem faced by the natives was being compounded by native land under the Forest Management Unit (FMU).

He was worried that Sabah natives would one day become homeless in their own State if no proactive action was taken to address the ever dwindling native lands, particularly with the "unbelievable" State population growth.


Saya sangat setuju Tribunal Tanah Adat ini ditubuhkan supaya masalah tanah adat mampu diselesaikan dengan cara yang lebih berkesan.


Sudah tiba masanya untuk mengambil inisiatif yang tegas untuk menangani masalah tanah yang sudah lama dihadapi oleh rakyat.


he setting up of this land tribunal has more benefits for the locals pertaining to the ownership of land


penubuhan tribunal tanah adat sangat wajar, ia dpt membantu penduduk dalam selesaikan isu tanah yang lama membelenggu mereka.


harap dgn ini, isu2 tanah di Sabah dpt diselesaikan, jgn ada timbul lagi isu ini.


kalau sudah terbukti tribunal seperti itu berkesan dalam melancarkan lagi penyelesaian ke atas isu tanah, apa salahnya cadangan itu diterima dan dilaksanakan.


Pemilikan tanah merupakan salah satu masalah yang tiada kesudahannya. Maka wajar sekalui jika ditubuhkan tribunal seperti ini untuk membantu mengatasi masalah tanah di kalangan penduduk Sabah.


Pertubuhan ini hanya akan berjaya jika disokong penuh oleh rakyat.


Semoga kerajaan negeri akan menyokong penuh untuk mendirikan tribunal tanah anak negeri ini..


Biarlah perkara ini akan diambil kira dan dilaksanakan secepat mungkin.


rasa ini akan dapat membantu melindungi dan menyelesaikan isu tanah adat rakyat di negeri ini.


Biarlah perkara ini akan diambil kira dan dilaksanakan secepat mungkin.


walau bagaimanapun, pertubuhan tribunal ini hanya akan berjaya jika disokong penuh oleh rakyat.


Bagi saya memang Tribunal ini adalah satu cadangan yang baik untuk menyelesaikan masalah tanah ada yang berlaku di Sabah.


Kalau tidak cuba dulu macammana kita mahu tahu ia berkesan atau tidak. Maka teruskan saja Tribunal itu.


RCI juga harus ditubuhkan segera demi hak dan kepentingan anak negeri sabah yang telah dicabuli oleh PATAI..


tribunal ini sememangnya perlu di sabah untuk menyelesaikan isu NCR...diharapkan ianya akan segera ditubuhkan...lagipun semua pihak rasanya menyokong penuh cadangan ini.


kalau sudah ditubuhkan, pastikan isu2 NCR diselesaikan..


jika pelaksanaan Tribunal Tanah ini berkesan di New Zealand, kenapa perlu kita takut untuk melaksanakan kaedah ini di negara sendiri.. apa sahaja kaedah yang difikirkan mampu menyelesaikan masalah tanah di negeri ini wajar dilaksanakan.. berkesan atau tidak, biarlah ianya difikirkan kemudian..


Setuju dengan penubuhan tribunal tanah adat.


nampaknya banyak yang menyokong cadangan penubuhan tribunal ini.


jika tribunal ini dapat menyelesaikan isu tanah yang berlaku di Sabah, maka ianya wajar untuk ditubuhkan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails