Antara mereka yang turut mengambil keputusan menyertai parti STAR ialah TIMBALAN 1 Ketua Pemuda PBS Kinabatangan, Lius Meliton, ahli UMNO Atee Jumpi; Pegawai Penerangan UPKO Kinabatangan Damcha Ismail; mantan Ketua Ranting PKR Linayukan Jomisol Samun, Timbalan Bendahari PBS Kinabatangan Maljum Harun dan Mohd Daud @ Dius Pipil, seorang Ketua Cawangan PBS.
Dalam sessi tersebut parti STAR Sabah diwakili oleh James Ait selaku AMT STAR Sabah.
Menurut sumber, pemimpin-pemimpin akar umbi ini menyertai STAR antara punca utama ada lah disebabkan kegagalan Parti-parti tempatan dalam BN memperjuangkan hak Orang Asal (NCR) dikawasan mereka.
- "Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk mempengerusi tuntutan NCR di kawasan Minusuh, saya merasa terbeban untuk memperjuangkan hak
NCR bangsa kita. Parti-parti tempatan dalam BN gagal memperjuangkan hak Orang Asal walau pun mereka tahu, bahawa rakyatlah yang memilih mereka menjadi pemimpin. Parti STAR sedang dalam perjuangan itu, sebab itu saya memilih untuk berjuang melalui parti STAR," ujar Lius Melton (PBS).
- Dalam pandangan sepintas lalu, tragedi meninggalkan parti lama (BN) dan menyertai parti baru (STAR) ada lah merupakan satu gambaran yang kurang menyenangkan kepada mereka yang terasa.
Seakan-akan sebagai satu phobia atau pun mimpi ngeri yang susah untuk diterima di Sabah, negeri yang dilabelkan sebagai 'fix deposit BN selama ini. - Namun kepada pendokong Agenda Borneo, trend ini ada lah satu fenomena luar jangka yang membakarkan lagi semangat untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.
Sebelum ini kita juga telah digemparkan bilamana beberapa orang pemimpin saperti Dr Felix Chong ketua DAP Tanjung Aru, ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Pensiangan, Danny Andipai dan bekas Ahli majlis tertinggi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS),Martin Tommy telah menyertai STAR dalam satu acara bersejarah di Keningau, baru-baru ini.
Persoalan nya, ada kah aktiviti 'migrant' parti yang terjadi di Kinabatangan dan Keningau hanya sekadar satu episode yang akan berakhir disitu atau pun ia nya satu titik permulaan? Atau ia nya (mungkin juga) satu fenomena yang sukar untuk diterima oleh parti-parti yang berpusat di Semenanjung (terutama nya oleh parti pemerentah BN) yang kini sedang berhadapan dengan bahang PRU13 yang dijangka menjelang tiba dalam kadar bila-bila masa.


February 18, 2012 11:16 AM
Hanya rakyat saja yang boleh menentukan sama ada Star adalah pilihan mereka.
February 18, 2012 11:18 AM
Parti cuma boleh bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat, sebuah parti yang kuat pasti boleh menjadi pilihan rakyat.
February 18, 2012 1:17 PM
samada STAR dapat menambat hati rakyat Sabah, kita nantikan sahaja keputusan PRU13 nanti
February 18, 2012 1:20 PM
mungkin penyertaan ini hanyalah tujuan peribadi semata-mata yang cuba mengaburkan mata rakyat
February 18, 2012 1:25 PM
belum tentu STAR akan menang dalam PRU13 kerana parti ini masih baru di Sabah, tentu rakyat akan meragui akan ketulusan perjuangannya
February 18, 2012 1:27 PM
kuasa ada ditangan rakyat untuk menentukan kemenangan sesebuah parti
February 18, 2012 1:29 PM
apa apa pun, yang penting ialah tanpa janji kerajaan harus terus komited untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk menjaga kepentingan seluruh rakyat negari ini.
February 18, 2012 7:49 PM
keputusan terletak di tangan rakyat...apa pun, biarlah keputusan yang bakal dibuat adalah tepat..
February 18, 2012 7:51 PM
namun pembangkang di sabah masih lagi tercari-cari persepakatan untuk menghadapi pru13..
February 18, 2012 10:10 PM
Apapun sebab mereka join Star, terpulanglah. Itu hak mereka.
February 18, 2012 10:12 PM
Sesebuah parti hanya mampu berusaha keras membuktikan kemampuan mereka pada rakyat jelata sekaligus meraih sokongan.
February 18, 2012 10:13 PM
Selebihnya itu, biar rakyat yang tentukan sebab pilihan rakyat mennetukan masa depan rakyat sendiri.
February 18, 2012 10:14 PM
Soal fenomena atau phobia tu, tak payahlah diperbesarkan sangat nanti makin popular pula dorang ni:P
February 18, 2012 10:15 PM
Palingpun, sama2 lah kita nantikan keputusan PRU13 nanti. Saya yakin ramai yang teruja utk menunggu siapa akan jadi hero rakyat.
February 19, 2012 12:25 PM
kegagalan parti2 tempatan BN dalam memperjuangkan hak orang asal adalah juga menggambarkan kegagalan pemimpin2 akar umbi dalam parti tersebut..
mengatakan parti itu gagal, sebenarnya menuding kepada diri sendiri.. siapa yang menggerakkan parti2 itu jika bukan pemimpin2 akar umbinya??
February 19, 2012 6:05 PM
Belum tentu lagi kalau STAR akan menjadi pilihan orang ramai. Baik tunggu untuk sahaja keputusan PRU13 nanti.
February 19, 2012 6:11 PM
Saya setuju dengan komen nickko. Apapun, selamat berjaya kepada pemimpin2x yang telah menyertai STAR.
February 21, 2012 8:48 AM
walaupun dah ramai pemimpin sertai STAR, namun ia belum lagi bermakna STAR menjadi pilihan seluruh rakyat Sabah.
February 21, 2012 8:50 AM
Star kena teruskan usaha lagi jika nak dptkan lagi sokongan.
February 21, 2012 3:56 PM
Nampaknya tarikkan untuk parti STAR ini sangat kuat sehinggakan dapat menarik pemimpin UPKO, PBS dan PKR untuk menyertai parti itu.
February 21, 2012 5:31 PM
Jika nama-nama besar atau pemimpin tertinggi UPKO, PBS, dan PKR yang sertai STAR barulah satu fenomena. Setakat ni, situasi yang biasa dilihat iaitu tukar parti.
February 21, 2012 5:35 PM
Kalau PRU13 nanti bakal menyaksikan pertarungan 1 lawan 1, BN vs PEMBANGKANG..saingan mungkin kuatlah. Tapi dengan keadaan sekarang, berbalah sesama sendiri..itu halatuju pun kabur-kabur sudah.
February 23, 2012 3:55 PM
Kalau YTL dan JK boleh bekerjasama mungkin sesuatu yang boleh jadi phobia. tapi mungkin tidak akan terjadi. sebab dua2 pun mahu jadi hero Sabah no 1.
Post a Comment