Setahu saya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada lah hak mutlak dan legasi Pencarum (rakyat) seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak). Justeru, dalam apa juga tujuan (intent) pehak berkuasa melibatkan wang KWSP, sewajarnya mendapat persetejuan pehak pencarum. Hal saperti ini boleh dilakukan melalui sistem consensus melalui kesatuan sekerja atau pun di bincangan di Dewan
Parlimen untuk mendapat persetujuan 2/3 Ahli Dewan.Namun tindakan kerajaan menggunakan wang simpanan KWSP sebanyak RM1.5 billion sebagai pinjaman terus kepada 20,000 masyarakat masih menyewa di bandaraya Kuala Lumpur untuk membeli rumah di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan yang tidak layak membuat pinjaman bank bagi pembelian rumah, ada lah sangat meragukan
- Walau macammana pun, yang jelas disini skim tersebut belum mendapat restu sepenuh nya dari wakil ahli Pencarum. Kerana itu, tindakan kerajaan itu hangat dipertikaikan oleh segenap masyarakat disana sini.
- Sebagai pertanda bahawa skim itu tidak dibawa ke pengetahuan Pencarum, bekas setiausaha agung Kesatuan Sekerja Komersial Sabah (SCEU) Rebecca Chin berkata beliau tidak dimaklumkan tentang cadangan skim pinjaman perumahan terbaru semasa menghadiri mesyuarat ahli lembaga KWSP.
- Kerajaan tidak pernah berbincang dengan ahli-ahli lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung pemberian pinjaman berjumlah RM1.5 bilion kepada pembeli rumah yang tidak berkemampuan, kata seorang wakil kesatuan .
Dalam isu yang sama, Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh Putrajaya menyalahgunakan dana daripada KWSP sebagai topeng semata-mata untuk menyembunyikan kadar hutangnya dengan melakukan kerja “mulia” untuk projek perumahan untuk masyarakat berpendapatan rendah.PAKATAN Rakyat (PR) menuduh Putrajaya menggunakan dana daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyembunyikan kadar hutang mereka dengan menawarkan skim perumahan yang kononnya 'mulia' untuk golongan berpendapatan rendah.
- Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataan bersama mereka memberi amaran skim berkenaan akan menjadi punca Malaysia mengalami 'Krisis Kewangan.'
- Pua dan Izzah, yang masing-masing merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Lembah Pantai, menjelaskan, di bawah keadaan yang biasa diamalkan, setiap program kebajikan membantu golongan miskin akan dibiayai kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai.
- Tambah mereka, kerajaan seharusnya menaikkan kadar bond bagi membiayai defisit. Oleh itu, kedua-dua mereka menegaskan Putrajaya boleh memberikan KWSP bond berkenaan dan membantu golongan susah bagi pembiayaan perumahan.
- Namun begitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu menjelaskan dana RM1.5 billion daripada KWSP terhadap pinjaman berkenaan tidak memudaratkan pencarum KWSP.
Najib berkata, Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar , Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar kiri). akan diminta untuk menjelaskan skim berkenaan kepada masyarakat, dan menambah pinjaman itu diberikan kepada mereka yang tidak layak mendapat pinjaman perumahan daripada institusi kewangan.Raja Nong Chik sendiri berjanji kerajaan akan memastikan kepentingan KWSP akan terjaga, dan berkata perjanjian tersebut akan menguntungkan KWSP.
Sumber: The Malaysian Insoder



February 8, 2012 8:04 AM
I agree that any investments made by using the EPF funds must first get the thumbs up from the workers as the savings are the workers retirement funds.
February 8, 2012 8:06 AM
Hopefully any other investments involving the EPF will be low risk, agreement from the majority of savers is also needed.
February 8, 2012 9:39 AM
Kerajaan tidak pernah berbincang dengan ahli-ahli lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung pemberian pinjaman berjumlah RM1.5 bilion kepada pembeli rumah yang tidak berkemampuan, kata seorang wakil kesatuan .
-The Najib administration needs to give an explanation regarding their actions based on the statement above.
February 8, 2012 9:43 AM
Since the amount was taken from KWSP, this housing scheme should be extended to the entire populous, and not just the KLians
February 8, 2012 11:01 AM
wang KWSP adalah wang pekerja, ia harus dijaga dgn baik, seharusnya mendapat persetujuan dari semua pekerja sebelum gunakan ia untuk apa2 projek.
February 8, 2012 11:02 AM
projek perumahan tersebut harus dijalankan juga di Sabah, penduduk Sabah ramai jg yang tidak memiliki rumah sendiri.
February 8, 2012 11:20 AM
Pencarum perlu diperjelaskan mengenai hal tu
February 8, 2012 11:21 AM
Detail explanation require on the matter
February 10, 2012 11:32 AM
KWSP patut tak disentuh tanpa persetujuan daripada pencarum. jangan bawa wang masa depan rakyat ni dalam kedudukan yang berisiko.
February 10, 2012 2:26 PM
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada lah hak mutlak dan legasi Pencarum (rakyat) seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak). Justeru, dalam apa juga tujuan (intent) pehak berkuasa melibatkan wang KWSP, sewajarnya mendapat persetejuan pehak pencarum.
Itu sememangnya benar. Apa yang ingin dibuat dengan duit tersebut seharusnya meminta kebenaran daripada pencarum itu sendiri untuk membenarkan atau tidak.
February 11, 2012 10:10 AM
Walaupun kerajaan berkuasa, namun mereka tidak boleh membelakangkan kepentingan rakyat. Apatah lagi bila melibatkan wang simpanan mereka, tanpa pengetahuan mereka.
February 11, 2012 10:11 AM
PRU13 semakin dekat. Kerajaan perlu tampilkan imej yang positif jika mahu raktyat terus bagi sokongan.
February 13, 2012 9:27 AM
skim yang dicadangkan tidak menjejaskan kepentingan KWSP kerana sekiranya pembeli tidak mampu membayar balik atau tidak membayar balik, rumah itu masih boleh dijual di pasaran dengan harga lebih tinggi.
Post a Comment