Dalam usaha untuk berjimat cermat bagi menampung ekonomi dari terjejas oleh kemelesetan ekonomi global, Malaysia membelanjakan dana persaraan KWSP untuk menyelamatkan projek-projek yang disenaraikan dalam kategori sakit. Nampak nya kerajaan dibawah pimpinan UMNO-BN ini tengah bermain-main dengan wang simpanan rakyat khasnya untuk keperluan persaraan mereka suatu hari nanti.
Tindakan saperti ini , mempamirkan bahawa masa depan rakyat sudah tidak lagi terjamin.
Tindakan saperti ini , mempamirkan bahawa masa depan rakyat sudah tidak lagi terjamin.
Dengan tindakan merompak KWSP untuk tujuan pembiayan 20,000 rumah di Kuala Lumpur, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abd Razak telah mengabaikan 4.92 juta warganegara Malaysia di Malaysia Borneo (Sabah dan Sarawak).- Najib lupa mengambil kira sentimen pekerja-pekerja di Malaysian Borneo sebagai pencarum kepada KWSP.
- Tidak dapat dinafikan, kelulusan pinjaman KWSP untuk bantuan perumahan warga Ibu Kota Kuala Lumpur itu, menyakitkan hati rakyat di Malaysian Borneo.
- Dalam masa yang sama memaksa rakyat disini menumpang nasib kepada kerajaan dibawah pimpinan ketua menteri Musa Aman dan Taib Mahmud yang dikatakan tidak bertimbang rasa dan tidak perihatin terhadap permasaalahan rakyat disini.
Pada keseluruhan nya, rakyatnya disini maseh lagi kekal dalam kemiskinan disamping kebanyakan nya
hanya bergantung kepada skim perumahan PPRT. Wal hal rakyat di Semenanjung Malaysia, dengan mudah mendapatkan tawaran bantuan yang lumayan.Kalau diperhalusi, keadaan infrastruktur asas di luar bandar Malaysian Borneo saperti jalan raya, bekalan air dan letrik kebanyakan nya maseh lagi dalam keadaan yang daif.
Perlu diingatkan , kesenangan dan kemewahan rakyat di semenanjung ada lah dari sumbangan hasil mashul negeri Sabah dan Sarawak.




February 14, 2012 2:35 PM
Harap kerajaan akan mengurusk kewangan daripada KWSP ini dengan cermat kerana rakyat bergantung pada peruntukan ini bila bersara pada masa depan nanti.
February 14, 2012 2:36 PM
Projek-projek perumaha kos rendah yang terbengkalai satu ketika dulu patut disiapkan seperti dijanji.
February 15, 2012 4:02 PM
wang KWSP adalah wang pekerja, ia kena dijaga dgn baik, pastikan ia tak terjejas.
February 15, 2012 4:23 PM
Jika skim tu diperkenalkan mungkin boleh membantu rakyat borneo
February 16, 2012 9:00 AM
KWSP sentiasa menyedari kepentingan pencarum dan simpanan persaraan mereka dilaburkan secara berhemah dalam rangka kerja urus tadbir yang baik dan menerima pakai profil risiko pulangan yang konservatif.
February 16, 2012 9:04 AM
semua pinjaman yang diberikan KWSP kepada kerajaan Malaysia atau agensi kerajaan lain dibuat berdasarkan pertimbangan komersil dan dengan jaminan yang bersesuain untuk melindungi kepentingan pencarum
February 16, 2012 1:36 PM
Simpanan Pekerja seharusnya dijaga dan bukannya digunakan untuk perkara yang berisiko.
February 17, 2012 9:58 AM
Bolehkah kerajaan sesuka hati menggunakan wang caruman pekerja? Apatah lagi duit yang digunakan untuk projek di semenanjung tapi duit pencarum Sabah Sarawak turut digunapakai? Ianya agak berat sebelah.
February 17, 2012 11:10 AM
kebiasaan dalam program bantuan kerajaan, terdapat dua peringkat.. peringkat pertama hanya tertumpu di negeri2 di semenanjung dahulu, dan peringkat kedua barulah kerajaan mengambilkira penduduk Sabah dan sarawak..
Post a Comment