SUARA BEBAS TUARAN

PKR Siap Sedia Hadapi PRU13?

Labels:

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan calon perdana menteri Pakatan Rakyat PR akan menerangkan rancangan akhir pasca-pilihan raya termasuk kemungkinan Barisan Nasional BN melancarkan tindakan kecemasan yang memungkinkan pakatan berkenaan hilang kuasa.
Pertemuan khas yang akan diadakan di Lumut bermula 24 hingga 26 Febuari akan melibatkan bukan sahaja pemimpin atasan parti bahkan juga ketua-ketua cawangan bagi kerusi yang bakal mereka tandingi bagi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
  • Kebiasaannya hanya majlis tertinggi dan biro politik akan menghadiri acara itu namun pemimpin di peringkat akar umbi akan turut serta pada kali ini dengan penyertaan dijangka seramai 200 peserta perhimpunan terbesar dalam sejarah parti kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli kepada The Malaysian Insider.
  • Menurutnya dengan matlamat parti untuk menawan Putrajaya mereka akan menyertai pilihanraya dengan barisan yang bersatu dan bersih.
  • Bekas timbalan perdana menteri Anwar telah mengetuai perikatan longgar antara DAP PAS dan PKR dan merekodkan kemenangan ketika plihan raya 2008 dengan PKR menjadi pembangkang terbesar di Parlimen selepas memenangi 31 kerusi persekutuan.
  • Ketika itu ketiga-tiga parti tersebut berjaya membina perikatan untuk menumbangkan Barisan Nasional daripada menguasai tiga per empat kerusi Parlimen.
  • Mereka berjaya menawan 82 kerusi persekutuan dan menawan lima negeri termasuk negeri terkaya Selangor dan Pulau Pinang.
Pakatan Pembangkang percaya mereka sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya walau pun ada dikalangan pemerhati politik melihat ketiga-tiga parti tersebut bertelagah sesama sendiri.
Walaupun terdapatnya spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan beberapa minggu lagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan masih lagi sedang menunaikan janji-janjinya dan amat penting buat rakyat untuk merasai perubahan yang dijanjikan akan memanfaatkan mereka
Sumber: The Malaysian Insider
9 comments:

Baguslah kalau boleh bersiap sedia lebih awal, harap parti lain turut boleh bersiap sedia menghadapi PRU-13.


Kita tidak tahu tarikh PRU-13 yang sebenarnya, lebih baik mulakan jentera supaya tidak kelam kabut nanti.


bukan sahaja PKR, semua parti juga harus mempunyai persediaan menghadapi PRU.


rasanya semua parti pun tengah bersiap sedia hadapi PRU13


kalau sesama sendiri bertelagah, adakah ini menunjukkan mereka sudah bersedia? sekarang ni pun masih ada khabar2 bahawa SAPP dan PKR mahu bekerjasama.


PKR suda siap sedia, bagaimana dengan parti komponen PR yang lain? nampak macam tiada kesatuan saja..


Nampaknya banyak parti mula bersedia untuk menghadapi PRU13. sedangkan kita masih tidak pasti bila PRU akan diadakan lagi.


Bah, all the best to all parties.


setiap kali pilihanraya, mesti timpul rungutan dikalangan pemimpin2 Pakatan berkenaan dengan pemilihan calon.. masing2 mahu meletakkan calon dikawasan2 tertentu..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails