Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah.Walau macam mana pun, kata Dompok kabinet telah menyerahkan mandat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang telah mengilhamkan gagasan 1Malaysia, untuk mengumumkan perkara itu.
Ditanya kemungkinan RCI ditubuhkan sebelum pilihanraya umum, Dompok berkata: "Sudah pasti sebarang Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu dibuat sebelum pilihan raya umum diadakan."
Walau pun pada dasarnya Parti Reformasi Negeri Sabah (STAR) mengalu-alukan penubuhan RCI, Pengerusi STAR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan, mahu kerajaan memastikan keikhlasan dan integriti yang ditunjukkan dalam RCI.- Dalam pada itu, beliau mahu pemimpin persekutuan mempertimbangkan beberapa perkara yang penting untuk melindungi negara dan integriti RCI.
Selanjutnya kata beliau, untuk kejayaan RCI dalam menangani dan menyelesaikan masalah tertunggak di Sabah, perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan:- Kerajaan mestilah ikhlas
- Terma Rujukan mestilah menyeluruh
- Ahli-ahli RCI harus terdiri daripada mereka yang berintegriti tinggi dengan tidak ada kepentingan politik dari Sabah.
Jeffrey juga mengingatkan kerajaan persekutuan bahawa RCI perlu dilakukan dan diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang kerana masih terdapat pengundi-pengundi di Sabah adalah warga asing. Ramai dikalangan mereka yang sudah terbukti berdaftar sebagai pemilih. 


February 14, 2012 2:44 PM
Jika RCI ini boleh menyelesaikan masalah PATI di Sabah, mungkin kita boleh membersihkan senarai nama pengundi pada PRU-13.
February 14, 2012 2:45 PM
Kerjasama antara pelbagai pihak seperti Jabatan Pendaftaran warganegara, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Pengundi, SPR, PDRM dan lain-lain amat diperlukan jika hendak menyelesaikan masalah PATI dan membersihkan pendaftaran pengundi.
February 15, 2012 4:08 PM
RCI wajar ditubuhkan sebelum PRU, masalah PATI kena diselesaikan dahulu bagi memastikan PRU berjalan lancar.
February 16, 2012 9:37 AM
bukankah proses siasatan melalui RCI ni ambil masa yang lama juga? sempatkah untuk selesaikan masalah daftar pengundi terutama mereka yang mendaftar menggunakan IC palsu atau mendapat IC melalui projek IC?
February 16, 2012 9:40 AM
semoga respon dari kerajaan persekutuan adalah positif tentang penubuhan RCI. harap2lah sebelum PRU berlangsung.
February 16, 2012 9:44 AM
Diharap PM akan meluluskan penubuhan di Sabah. Melalui kenyataan Tan Sri Bernard, beliau seakan yakin dengan kelulusan penubuhan RCI di Sabah. Keyakinan tu memberi harapan kepada rakyat Sabah. Harap PM dapat faham masalah yang dihadapi oleh Sabah dan tidak menghampakan harapan rakyat Sabah.
Cadangan JK bagus dan cadangan tu harus dipertimbangkan sekiranya RCI dilaksanakan di Sabah. Orang2 yang mempunyai kepentingan politik di Sabah harus dikecualikan dalam RCI supaya rakyat yakin dengan ketelusan RCI.
Bah Sabah Bah
February 16, 2012 9:47 AM
Pelaksanaan RCI sebaiknya sebelum PRU13.
February 16, 2012 1:46 PM
Semoga RCI ini dapat dilaksanakan sebelum mulannya PRU akan datang.
February 17, 2012 10:07 AM
Lebih cepat RCI ditubuhkan, lebih cepat ia dapat bertindak.
February 17, 2012 11:27 AM
ada baiknya anggota RCI kelak terdiri dari pihak2 yang lantang memperjuangkan isu ini.. tidak kira datang dari parti politik mana sekalipun..
Post a Comment