Baru juga saya post kan berita bahawa RCI Sabah akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Disampin itu dengan berasaskan sumber berita yang dipetik dari SabahKini, melapurkan bahawa berkemungkinan PM akan umumkan juga kalau berkesempatan sebelum PRU13 nanti.Namun apa yang dilapurkan oleh The Malaysian Insider(TMI) semalam, cerita nya berbeza sehinggakan boleh menimbul keraguan sama ada RCI yang war-warkan oleh Pemimpin BN negeri Sabah sebelum ini akan diteruskan atau pun ia nya sekadar impian rakyat Sabah yang mahukan RCI dilaksanakan secepat mungkin?
Menurut TMI, Datuk Seri Najib Razak malam tadi berdiam diri mengenai suruhanjaya diraja siasatan RCI bagi mengkaji isu pendatang asing tanpa izin di Sabah berkata perkara itu masih dalam pertimbangan.- "Kita sedang timbang" kata perdana menteri apabila ditanya untuk mengesahkan tuntutan anggota Kabinet bahawa persetujuan membentuk RCI dicapai.
- Najib tidak menjawab soalan itu sebaliknya mahu ke soalan lain soalan yang tidak berkaitan apabila menemui wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC di Kuala LUmpur.
Awal bulan ini menteri persekutan dan presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok mengumumkan di media Kabinet bersetuju untuk membentuk RCI.- Pemimpin negeri kemudian menjangkakan Najib secara rasmi akan mengumumkannya semasa lawatan kerja dua hari minggu lalu namun perdana menteri langsung tidak menyentuh perkara itu.
- Dalam pada itu, laporan berita Internet dilaporkan berkata kemungkinan Najib mempunyai keputusan bertentangan dengan Kanbinet. Ada yang mendakwa satu pertemuan sulit dengan pemimpin kuat Umno yang mengingatkan perdana menteri bahawa BN akan hilang sokongan kuat jika RCI tidak dibentuk.
Justeru, Pemimpin parti pembangkang menggunakan peluang itu untuk menarik sokongan rakyat menegaskan parti BN Sabah tidak memiliki pengaruh politik untuk membuat keputusan.Dalam isu yang begini genting, agak susah juga untuk membuat andaian sama ada RCI Sabah ini diteruskan atau pun sekadar impian yang tidak akan kunjung tiba sebelum atau pun sesudah PRU13.
Saperti biasa, berita selanjutnya kita tunggu dengan penuh debaran.



February 25, 2012 10:25 PM
Selagi belum ditubuhkan, memanglah masih persoalan ba. hehehe
February 25, 2012 10:28 PM
Kita tunggu sajalah apa kata PM nanti. Tak perlulah peningkan sangat kepala fikir hal ini.
February 25, 2012 10:28 PM
Harap, penantian itu nanti tak sia-sia. hehehe
February 27, 2012 9:34 AM
terdapat kemungkinan besar RCI akan ditubuhkan setelah terma2 nya dimuktamadkan.
February 27, 2012 9:35 AM
ktia nntikan sahaja ia diumumkan, pasti ia tak lama lagi.
February 27, 2012 11:47 AM
mungkin beliau mahu mengelak soalan2 yang mungkin tidak dapat dijawab oleh beliau memandangkan RCI masih diperingkat perbincangan..
February 27, 2012 1:59 PM
Setiausaha Agung Upko, Madius Tangau ada bagi statement yg kerajaan pada dasarnya sudah bersetuju untuk menubuhkan RCI, cuma terms of reference saja yang masih dibincangkan..
Madius kata lagi semua yang dibincangkan itu ada dicatat dalam minit lagi...jadi kalau nak tarik balik, mimang susah la brader..
Bagi saya, saya ikut saja pendapat si Madius ini: Kalau kita boleh tunggu sampai bertahun2 dalam mencari penyelesaian PATI, takan 2-3 minggu tunngu pun tak boleh?
bah..harap2 RCI dapat ditubuhkan la kan...
my latest post Sabah the poorest states?That's so yesterday!
February 28, 2012 9:28 AM
Kekurangan maklumat dari Sabah masih menyebabkan penangguhan RCI ini berlaku.
February 28, 2012 3:15 PM
Jangan tangguh lama2 nanti rakyat akan merasakan kerajaan tidak ikhlas dalam hal RCI. segerakan la pengumuman.
February 28, 2012 3:17 PM
perlu juga lengkap RCI tu, kalau tidak pasti pembangkang akan hentam punya.
March 2, 2012 4:38 PM
penubuhan RCI harus dibuat dengan pertimbangan dan perlaksanaan yang wajar
March 2, 2012 4:38 PM
harap ada perkembangan mengenai isu RCI ini dalam masa terdekat
March 2, 2012 4:39 PM
Let the decision be made by the government for the benefit of all
March 2, 2012 4:39 PM
In view of illegal immigrants is a serious matter and should not be taken lightly by all parties, then it must be resolved immediately.
March 2, 2012 4:40 PM
harap RCI ini dapat diumumkan tarikh perlaksanaannya oleh kerajaan sebelum pilihanraya umum bermula
Post a Comment