SUARA BEBAS TUARAN

RM16.8 Juta Di Kota Belud Hanya Untuk Jalan Kubang Kerbau ?

Labels:

Pandangan Dan Ulasan Solymone
Selaku seorang yang pernah berkhidmat sebagai Jurutera Daerah Kanan JKR Kota Belud selama hampir-hampir tujuh tahun disamping pernah bertugas sebagai Jurutera Kualiti diIbu Pejabat JKR, saya tertarik dengan satu post yang disiarkan dalam portal berita SabahKini bertajuk 'M16.8 JUTA UNTUK JALAN KUBANG KERBAU'?'.
Selain dari ulasan, gambar-gambar juga disertakan. Mungkain penulis gunakan sebagai bukti bahawa pembinaan jalan tersebut (Jalan Rosok ke Kg Sorob) tidak memenuhi piawayan Arahan Teknik (Jalan) JKR.
  • Antara informasi yang dibagi oleh penulis ia lah tajuk projek tersebut berjodol 'Naiktaraf Jalan Kg. Rosok ke Kg. Sorob' dengan jumlah kos sebanyak RM 16,836,008.50. Manakala Kontraktor nya ia lah Usniakaya Sdn.Bhd yang dimilik oleh Sen Shong Vun @ Rocky Tsen.
  • Malangnya, jarak jalan yang dinaiktarf itu, tidak disentuh oleh penulis.
  • Selain dari kelemahan dari aspek teknik, beliau juga menyatakan prasangka beliau bahawa terdapat kelakuan rasuah berupa sogokan wang sebanyak RM 2 juta kepada wakil rakyat disana. Sungguh hebat lagi dahysat
  • Namun objektif analysis saya disini ada lah tertumpuh khas kepada kelemahan teknik. Kerana dari gambaran dan aduan penulis mengenai bahan-bahan serta teknik pembinaan seolah-olah memperlihatkan ciri-ciri penyalah-gunaan.
Seandainya lapuran tersebut ada lah benar, maka impak nya ia lah membahayakan keselamatan nyawa para pengguna jalan tersebut dalam jangka yang panjang. Dalam masa yang sama, tindakan penyelewingan tersebut menganggu keselesahan rakyat disamping merugikan duit kerajaan.
Anih nya tiada tidak balas pehak yang berkenaan terhadap komplen yang diajukan kepada mereka sebelum ini .
  • Menurut Penulis selanjutnya , pehak yang bertanggungjawab;
  1. Mengabaikan pembinaan parit konkrit serta pemasangan pembetung (culvert) di setiap persimpangan jalan.
  2. Menggunakan bahan binaan yang tidak berkualiti seperti habuk kuari (quarry dust) dan pecahan batu-batan (Crusher-run), selain lapisan premix/aspal yang amat nipis
  3. Pada hari hujan, air bertakung di kiri kanan bahu, persimpangan jalan dan setiap simpang jalan masuk rumah ke rumah yang berdekatan.
  4. kes kemalangan ringan kerap kali berlaku sejak jalan ini digunakan kerana keadaan yang teramat licin ketika hari hujan kerana air hujan berserta dengan tanah kuning dari bahu-bahu jalan melimpah ke tengah jalan utama.
Dengan komen ala-ala seorang yang berpengetahuan dalam jurusan teknik, penulis mempersoalkan kecuaian agensi pelaksana, JKR Sabah dan pemilik projek, SEDIA, yang kurang memberikan perhatian terhadap mutu dan reka bentuk jalan tersebut.
Beliau mempertikaikan samaada kah JKR membuat pengesahan ketebalan melalui ‘coring test’? Atau menjalankan ujian dan pemeriksaan ‘Field Density Test’ bagi memastikan projek ini memenuhi Spesifikasi Piawaian JKR (Generel Specification For Roadwork’s, 1990).
  • Dari gambaran kasar melalui gambar-gambar dan kenyataan yang dibuat, saya juga merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan paras muka jalan tersebut. Boleh dikatakan, pembinaan jalan tersebut telah dikompromikan kualiti dan mungkin juga kuantiti nya.
  • Atas nama ketelusan, saya setuju kalau skop kontrak tersebut dikaji semula serta di audit dari aspek kualiti dengan berpandukan piawaian yang diluluskan dalam Arahan Teknik (Jalan) JKR dan seterusnya kuantiti yang dilulus dalam 'Bill Of Quantities (BQ)'. Ini termasuk prospek reka bentuk (Geometric Design) jalan yang dipersetujui.
Pada saya, sebelum kes ini dibawah kepehak SPRM, ada lah baik pehak Pengarah JKR, selaku Pegawai Penyelia (SO) campur tangan untuk menentukan sejauhmana kah akauntibiliti pehak-pehak yang terlibat dalam pelaksanaan projek tersebut sejak mula sehingga ia siap sepenuhnya.
Sumber: SabahKini
11 comments:

Tiada sesiapa yang lebih layak untuk membentang isu ini selain bekas Jurutera JKR. Saya memang tiada pegalaman dalam sektor pembinaan jalan, nasib baik ada orang yang berpengalaman membangkitkan isu-isu seperti di atas, terima kasih Solymone kerana sanggup berkongsi di sini.


Harap pihak JKR akan melihat post ini kerana nampaknya ada banyak masalah yang perlu diberi perhatian dalam pembinaan jalan ini. Pastikan jalan ini dinaik taraf dengan baik supaya kukuh dan selamat digunakan.


ambil tindakan terhadap kontraktor yang tidak menjalankan kerja mereka dgn baik.


Sangat bahaya kalau tidak diselenggara semula jalan raya tersebut. Kontraktor yang buat jalan tu tidak menetapi kualiti. Kontraktor tu patut bertanggungjawab.


JKR perlu mengambil tindakan segera terhadap isu tu. jika tidak kemungkinan bertambah lagi bilangan kemalangan di tempat tersebut.


Bila aduan sudah dibuat, maka adalah lebih elok jika siasatan dibuat. Jika apa yang dilaporkan adalag benar, maka kes seperti ini perlu dibendung daripada berlaku lagi.


Bila kita diamanahkan untuk membuat satu pekerjaan, buatlah dengan penuh rasa tanggungjawab dan berintegriti.


Pastikan projek yang dilaksanakan menepati piawaian yang telah ditetapkan.


cubalah ada undang2 di negara ini yang membolehkan orang awam mengemukakan saman terhadap pihak kontraktor yang gagal mematuhi standard piawaian.. pasti masalah berkenaan hasil kerja yang tidak berkualiti ini akan dapat diatasi..


This matter should be look into before handing it over to SPRM.


JKR should play an active role in this matter


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails