Usaha mengiktiraf hak asasi lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di negara ini perlu ditolak sekeras-kerasnya memandangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam dan fitrah manusia kerana hubungan atau perkahwinan sejenis adalah perbuatan haram dan amat keji.Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin berkata larangan serta kedahsyatan budaya berkenaan diperingatkan oleh al-Quran melalui penghapusan kaum Nabi Lut selain ancaman wabak HIV dan AIDS.
- “Meskipun semua pihak boleh mempertahankan keadilan dan hak bagi kelompok tertentu, namun kita perlu menghormati agama, nilai-nilai ketimuran masyarakat dan undang-undang di negara ini.
- “Amalan demokrasi dan kebebasan bersuara tidak harus dimanipulasi untuk mengorbankan keharmonian hidup masyarakat.
- “Sebaliknya, amalan demokrasi dan kebebasan bersuara harus dimanfaatkan oleh semua pihak untuk mengharmonikan lagi hubungan dan persefahaman antara kaum serta agama,” katanya.
- Beliau berkata demikian dalam Perutusan Pelancaran Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 1433H/2012M di perkarangan Masjid Negeri di sini, pagi kelmarin.
- Juhar turut menyeru semua pihak supaya tidak menyemarakkan sentimen agama dan perkauman demi mengekalkan keharmonian hidup rakyat majmuk.
- “Keharmonian dan keamanan yang dikecapi perlu dipertahankan dan bukannya dirobek atau diperkotak-katik.
- “Agenda dan misi lebih besar perlu digalas ialah memperkukuh persaudaraan, membina perpaduan dan meningkatkan kualiti modal insan dari segi akidah, akhlak, syariah dan kemahiran.
- “Ini membolehkan kita bergerak seiringan dengan tuntutan menjadi umat yang terbaik dan contoh ikutan dalam membangun negara yang aman, maju dan makmur,” katanya.
Lebih 9,000 orang dengan 98 kontinjen daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, swasta, NGO, institut pengajian tinggi, sekolah menengah dan rendah serta kampung menyertai Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul tahun itu.Turut berkenan berangkat ke majlis sambutan itu ialah Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri serta menteri-menteri kabinet.



February 7, 2012 9:11 AM
Tidak boleh salahkan golongan LGTB untuk penyebaran wabak Aids dan HIV kerana wabak ini boleh sebar menerusi banyak cara, seks bebas antara mereka yang sesama jenis atuapun berlainan jenis pun ada risikonya, selain itu, menerusi penyaluran darah dan juga lain-lain cara.
February 7, 2012 9:12 AM
Sama ada hak asasi LGTB ini akan diiktiraf ataupun tidak terpulanglah dengan penerimaan majoriti rakyat. Ada yang sokong, ada yang tidak dan setiap orang ada pandangan mereka sendiri.
February 7, 2012 9:45 AM
GLBT issue is indeed a sensitive issue within our country. This matters needs to be dealt with delicately.
February 7, 2012 9:53 AM
Golongan seperti tu harus dibantu bukan disisihkan. Bantu mereka untuk berjalan dalam hidup yang sihat.
February 7, 2012 9:55 AM
Kumpulan LGTB perlu dikesan dan dihantar ke pusat2 pemulihan. Pusat tu membantu memulihkan ahklak.
February 7, 2012 1:58 PM
LGTB harus tak harus ada, budaya gay dan lesbian bertentangan dgn norma hidup manusia.
February 7, 2012 1:59 PM
golongan gay dan lesbian harus dibantu untuk menjadi manusia normal.
February 8, 2012 10:21 AM
budaya songsang ni memang sudah berleluasa zaman ni. tidak menghairankan kerana dalam ajaran agama sendiri ada mengatakan bahawa pada akhir zaman perkara2 seperti pasti akan terjadi. masing2 kena beringat dan elakkan terjerumus ke dalam jalan yang salah.
February 8, 2012 10:25 AM
sekarang ni, lelaki yang lebih cenderung pada sifat2 keperempuanan sanggup untuk melakukan apa saja untuk menjadi seorang perempuan. semoga mereka ni dapat bimbingan dan sokongan daripada keluarga, rakan2 dan masyarakat sekitar agar mereka dapat menerima diri mereka seadanya tanpa melakukan sesuatu yang melanggar hukum agama juga undang2.
February 8, 2012 4:08 PM
Kadang2 bukan kemahuan mereka untuk jadi golongan LGTB. Mungkin krisis identiti itu sudah wujud sejak lahir? Memang perkahwinan sesama jenis salah di sisi agama, tetapi hak mereka untuk bekerja contohnya, tidak perlulah ada diskriminasi.
February 9, 2012 8:17 PM
Sudah semestinya kerajaan menolak perkara ini..Ini bukannya perkara yang perlu kita sokong.
February 9, 2012 8:20 PM
LGTB tidak boleh kita terima di Sabah. Harap perkara ini akan ditentang oleh penduduk Sabah. Agama kita sendiri melarang akan perkara ini.
February 11, 2012 11:31 AM
jangan jadikan negara ini sama dengan negara Thailand.. silap sikit terpilih calon sejenis..
Post a Comment