UMNO kini terasa tergugat dengan bahang slogan, 'Sabah For Sabahan' yang dikatakan disebar luas oleh pehak pembangkan di bumi dibawah bayu ini. Sehinggakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan di datangkan khas ke sini untuk membenteras slogan tersebut dari berkembang luas di hati rakyat disini. Seterusnya beliau saran kan agar slogan tersebut di ganti dengan,'Rakyat Sabah Pemimpin Malaysia'.
Ahmad Maslan selanjutnya mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpedaya dengan propaganda dan slogan pembangkang 'Sabah for Sabahan' yang jelas memperkecilkan kemampuan sebenar rakyat Sabah.- Beliau berkata, slogan itu menunjukkan seolah-olah pemimpin Sabah hanya layak jadi pemimpin di peringkat negeri sedangkan kemampuan rakyat Sabah adalah lebih jauh daripada itu.
Bagi BN slogan yang sesuai untuk rakyat Sabah ialah ‘Rakyat Sabah Memimpin Malaysia’ selaras dengan kejayaan rakyat negeri ini memegang jawatan penting dalam pelbagai kementerian dan agensi selain sebagai menteri dan timbalan menteri persekutuan, katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat isu-isu semasa kepada UMNO Bahagian Kalabakan, baru-baru ini.
"Tentunya, seperti kita sedia maklum, (ada) menteri-menteri dan timbalan menteri persekutuan daripada Sabah. Kalau saya tidak silap semuanya sembilan menteri dan timbalan menteri,” katanya.
Menurut Ahmad Maslan, BN memberi pentas yang cukup luas kepada pemimpin dari Sabah untuk memberi khidmat dan bakti kepada rakyat di negara ini sama ada dalam Umno, BN ataupun dalam kerajaan melalui kementerian dan pelbagai agensi.
Sumber: BERNAMA
Analisis Solymone
Pada pandangan saya, slogan baru ini tidak bertempat, sekadar 'Cakap tidak serupa buat.' Slogan baru ini ada lah setakat gimik yang kurang jelas. Justeru itu ia nya mengundang pelbagai persoalan. Antara nya kenapa ia nya hanya disarankan pada waktu ini (PRU13) bukan sebelum nya?Sejauhmana kah ketelusan makna slogan baru ini, kita pun kurang pasti. Tak kan setelah slogan ' Sabah For Sabahan' dihangatkan kembali baru lah Puterajaya melihat rakyat Sabah ini mampu memimpin Malaysia?
- Sebelum ini, rakyat Sabah tidak mampu kah? Dengan tidak bertujuan memperkecilkan kebolehan Pemimpin Sabah diperingkat Nasional, Negeri ini lebih memerlukan pemimpin yang berkualiti bagi mengurus dan memperkemaskinikan permasaalahan yang dihadapi oleh rakyat disini sebelum fokus mereka dialihkan keperingkat nasional.
Saperti yang diperkatakan, Sabah sememangnya sudah ada beberapa orang pemimpin peringkat nasional disamping diberi portfolio yang sedia ada. Apa lagi Puterajaya mahu? Rakyat Sabah jadi PM kah?Tidak ada makna nya menjadi pemimpin taraf nasional kalau bidang kuasa yang diberi atau pun dipegang tidak disulami dengan kuasa mutlak dalam membuat sebarang keputusan. Kaedah saperti ini hanya lah mengelirukan disamping membuang masa rakyat yang saban hari mengharap.
- Dalam konteks 'sensitivity', selaku seorang aktivis poltitk yang proaktif, saya jarang juga mendengar slogan ini dilaungkan disana sini oleh parti pembangkang khas nya PR. Kecuali dalam gimik politik mereka, sebilangan pemimpin muda SAPP dan STAR menyentuh isu 'Sabah For Sabahan' ini sekadar memeriahkan suasana.
- Dalam masa yang sama, saya jarang juga mendengar rakyat disini yang ghairah atau pun terpengaruh dengan slogan 'Sabah For Sabahan' ini. Sehinggakan tertanam perasaan benci terhadap orang Sarawak dan orang Malaya.
Secara serius nya, rakyat Sabah maseh lagi beranggapan negeri ini terikat dan perlu kan Malaysia. Justeru kerjasama dengan sekutu di Sarawak dan Semenanjug ada lah penting demi untuk keselamatan dan kesejahteran rakyat Sabah.
Apa yang menjadi kemuskilan rakyat Sabah ada lah keseimbangan dalam pengagihan hasil mashul negeri ini. Di samping itu, mereka sangsi keperhatinan pemimpin UBN negeri Sabah dalam menjanakan kuasa dikalangan rakyat yang berbilang kaum di negeri ini.
Apa yang menjadi kemuskilan rakyat Sabah ada lah keseimbangan dalam pengagihan hasil mashul negeri ini. Di samping itu, mereka sangsi keperhatinan pemimpin UBN negeri Sabah dalam menjanakan kuasa dikalangan rakyat yang berbilang kaum di negeri ini.



February 28, 2012 3:19 PM
samalah kenapa STAR dekat2 PRU baru ditubuhkan. Memang ketara JK mahu jadi CM. Tu pun kalau menang la.
February 28, 2012 11:08 PM
Terpulanglah pada rakyat utk menilai perkara-perkara yang ditimbulkan sejak akhir-akhir ni. Susah juga mahu cakap kalau sudah namanya politik:P
February 28, 2012 11:09 PM
Tak sabar mahu tunggu next GE. Entah siapalah yang akan menang nanti.
February 28, 2012 11:10 PM
Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
February 28, 2012 11:19 PM
Terpulanglah pada rakyat utk menilai hal ini sendiri.
February 28, 2012 11:20 PM
Apapun, kit atunggu dan lihat sajalah apa yang akan berlaku next GE nanti.
February 29, 2012 9:04 AM
slogan tu tak penting sangat.apa yang lebih penting ialah tindakan yang bukan hanya keluar dari mulut untuk terus berjuang kepada rakyat Sabah.
February 29, 2012 10:53 AM
apa slogan sekalipun, ia perlulah slogan yang baik untuk semua rakyat.
March 1, 2012 10:21 AM
kalau sabah hanya untuk orang sabah, semenanjung juga hanya untuk orang semenanjung.. orang Sabah yang bekerja di mana2 negeri di semenanjung wajar melepaskan jawatan mereka dan balik saja ke sabah..
March 3, 2012 8:50 AM
JK seperti ada agenda sendiri sebenarnya. Hajat tidak kesampaian itulah yang berlaku sekarang.
Post a Comment