
Akhir-akhir ini, pemimpin-pemimpin dan aktivis politik negeri sabah sebuk memperkatakan RCI untuk tujuan menyelesaikan masaalah kebanjiran warga asing khas nya yang datang dari Indonesia dan Filipina.Sehinggakan dipercayai kebanyakan daripada warga asing ini sudah mempunyai kad pengenalan Malaysia disamping layak mengundi di negeri ini.
Dalam pada itu menurut seorang aktivis yang dipostkan kenyataan nya di blog Kelapa Mawar, sebagai berkata bahawa tengah kita sibuk-sibuk berurusan dengan warga dari seberang(Indon dan Filipina), PATI yang terdiri dari orang China juga telah bertambah di semananjung. Sekarang ini pun kata beliau, orang-orang China dari Indonesia ditemui bekerja di Sabah.
Dalam pada itu, tidak lama dehulu berita mengenai lapuran kebanjiran warga dari benua China (China Doll) di Sabah ini telah dihangatkan dalam portal berita tempatan.- Menurut berita tersebut, pehak polis telah mengenalpasti sebanyak lebih kurang 20,000 orang telah meresap masuk di negeri ini. Kebanyakan daripada mereka ini dilapurkan bekerja sebagai GRO atau pun pelacur.
- Dalam kes ini, kadang-kadang kita tertanya-tanya bagaimana mereka boleh masuk dinegeri ini dengan semudah itu.
Walau macammana pun, menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pelacur warga Republik China ini memilih Malaysia sebagai destinasi kerana mereka lebih selesa dengan suasana iklim di negara ini kerana tidak jauh berbeza keadaannya daripada negara mereka, terutama di bahagian selatan China.Disamping itu, faktor bahasa dan pemakanan yang tidak jauh berbeza antara negara China dan Malaysia menjadi punca lambakan pelacur warga China menjadikan negara ini sebagai destinasi kerjaya maksiat 'freelance' mereka.
- kata Abdul Jalil, Sosiobudaya yang seakan-akan sama dengan kita dari segi bahasa, pemakanan dan cuaca selain kemudahan pengangkutan menjadi galakan kepada pelacur di sana datang ke negara ini.
- "Ada dua taktik pertama iaitu mereka akan menggunakan ejen atau sindiket untuk bawa mereka masuk tetapi apabila mereka dah duduk sini mungkin dalam setahun, dah tahu kawasan, mereka akan gunakan pula taktik kedua iaitu dengan berpatah balik tanpa melalui sindiket.“Mereka berani dan tidak ada masalah untuk datang secara sendiri kerana mereka dah tahu nak pergi mana, bekerja di mana, tahu sistem pengangkutan di Malaysia contohnya turun di LCCT, naik bus RM9 pergi ke KL
Sentral kemudian naik teksi ke Pudu dengan kos RM20, sebelum menetap di rumah yang sebelum ini mereka pernah duduk seterusnya kembali menjalankan kegiatan pelacuran,” katanya. - Abdul Jalil berkata kebanyakan warga China yang disoal siasat adalah atas kapasiti bukan untuk belajar tapi hanya menggunakan pas tersebut sebagai platform
supaya nanti mereka boleh pergi ke satu tempat yang lain dan akhirnya langsung tidak mendaftar di institusi pengajian mereka semata-mata untuk menjadi pelacur. - Statistik terkini Unit Pencegahan Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman pada Januari hingga 15 Feb menunjukkan warga China merupakan jumlah paling ramai ditangkap kerana terbabit dalam pelacuran iaitu seramai 653.
- Abdul Jalil berkata pendedahan itu dibuat setelah pihak polis menyoal siasat 13 wanita warga China yang ditahan dalam serbuan kerana menyalahgunakan pas pelajar dan salah guna pas lawatan sosial pada 16 Feb lepas di sebuah pusat urut, di Sri Petaling, Brickfields.
Beliau berkata mengikut siasatan awal, pelacur warga China yang pernah memasuki Malaysia sebagai pekerja seks melalui sindiket, akan kembali semula bekerja di negara ini menggunakan visa pelajar dan menjalankan kegiatan pelacuran secara 'freelance' kerana pendapatan yang lumayan.Berdasarkan statistik polis, warga China kekal mencatatkan tangkapan tertinggi bagi tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2009 seramai 5,753; 2010 (6,378) dan 2011 (5,922).





March 6, 2012 9:47 AM
Golongan PATI harus dihantar balik segera. mereka tidak berhak mengundi dan menikmati apa yang sama dengan rakyat tulen Malaysia.
March 6, 2012 11:31 AM
banyak warga asing datang ke negara kita untuk bekerja dalam aktiviti tidak bermoral. hal ini kena diberi perhatian.
March 6, 2012 2:02 PM
Ini mungkin kerana kehidupan di Malaysia dengan China tidak begitu jauh berbeza menyebabkan kehadiran mereka di Negara ini ada yang melacur.
March 8, 2012 3:24 PM
bergantung dengan permintaan juga ba tu.. kalau pun sosio-budaya 100% tidak sama, jika ada permintaan, gejala ini tetap akan berlaku..
Post a Comment