Sejak parti STAR dilancarkan pada 6 Januari lalu, kehadiran parti tersebut semakin hari semakin hangat diperkatakan oleh aktivis politik di bumi negeri dibawah bayu iniSlogan 'Ini Kali Lah' yang dipopularkan oleh STAR itu seakan-akan saperti tiupan angin taufan yang deras melandah seluruh pelusuk dinegeri ini. Sehinggakan tempias nya sampai ke Ibu Kota Kuala Lumpur.
Sejauh mana kah penerimaan seluruh rakyat Sabah terhadap parti STAR dengan Agenda Borneo nya , kita pun kurang pasti. Tetapi apa yang jelas slogan 'Ini Kali Lah' telah menambat hati masyarakat setempat saperti mana mereka meminati slogan kata, 'Boleh Bah kalau kau.'- Justeru kerana populariti STAR telah menjangkau jangkan dengan begitu mendadak kehadapan maka timbul perasaan prasangka dikalangan sekutu dalam parti-parti pembangkang yang lain.
Masing-masing dengan pendapat yang berbeza-beza. Saperti biasa, ada yang pro dan ada yang yang contra sehinggakan ia nya hampir-hampir tidak terkawal (kadang-kadang membaca komen-komen yang kesat lagi luar jangka itu boleh memeningkan juga.).
Keadaan yang rumit ini bertambah kecoh bilamana Patriots atau pun pemimpin muda STAR melaung-laungkan bahawa STAR akan berpendirian sendiri tanpa bergantung dengan mana-mana parti pembangkang kecuali USNO baru yang belum tentu kelulusan pendaftaran nya.- Kerana situasi sudah menjadi kronik, Pengurusi STAR Sabah Datuk Dr Jeffery Kitingan terpaksa campurtangan demi meredahkan keadaan dengan mengumumkan bahawa STAR Sabah berpegang tetap
kepada kebersatuan di bawah United Borneo Alliance (UBA) dan mendukung kebersatuan parti-parti pembangkang untuk menumbang kerajaan Umno/BN sekarang. - Tambahnya, STAR akan berkerjasama dengan parti-parti tempatan yang lain di bawah UBA di semua peringkat untuk menjalinkan pembangkang yang bersatu di Sabah.
- Dalam masa yangg sama, STAR juga bercadang berkerjasama dengan pihak pembangkang Semenanjung supaya pembangkang di Sabah dapat bersatu menentang UMNO/BN di Sabah, kata Jeffery
Dengan pengumuman ini agak nya, spekulasi liar bahawa STAR akan bersendirian memperjuangkan Agenda Borneo nya sudah tidak releven lagi. Orang puteh bilang,'Case Closed'.



February 20, 2012 8:06 PM
Amat bagus sekiranya semua mereka boleh bersatu dan bekerjasama.
February 22, 2012 9:19 AM
Sememangnya masing-masing ada pendapat sendiri, ada yang menyokong dan ada yang menolak. Tapi setiap orang berhak memberikan pendapat, yang penting jangan mudah terpengaruh bila membaca.
February 22, 2012 9:23 AM
Pastikan kerjasama antara parti pembangkang adalah erat, jangan pula tidur sebantal tapi mimpi berlainan.
February 22, 2012 9:30 AM
Persoalannya, adakah BN dapat dikalahkan? Setelah sekian BN bertahan adakah rakyat akan membiarkan BN jatuh begitu sahaja?
February 22, 2012 9:36 AM
Semua perkara boleh berubah hanya sekelip mata. Apa yang penting jangan terlalu selesa dengan keadaan anda.
February 22, 2012 11:32 AM
jika Star bekerjasama dgn PR, United Borneo Alliance (UBA) tidak relevan lagi.
February 22, 2012 11:34 AM
walaupun ada kerjasama antara pembangkang, namun bukan mudah juga untuk mereka menentang BN.
February 22, 2012 3:43 PM
agenda borneo (STAR) dan Sabah for Sabahan (SAPP), lebih kurang sama.. jika kedua2 parti ini tidak bersatu, sokongan rakyat Sabah tetap akan berpecah bukan disebabkan oleh agenda yang diketengahkan, tetapi berdasarkan populariti parti dan pemimpin2nya..
February 23, 2012 1:57 PM
PR mula mencari sokongan dari STAR untuk memastikan PR dapat apa yang mereka mahukan.
February 23, 2012 1:58 PM
Jangan biarkan PR mendapat kerusi di Sabah lagi. Biarkan saja Kerajaan yang ada sekarang atau parti tempatan Sabah sendiri. Jangan terpedaya dengan perancangan PR untuk berkerjasama.
February 23, 2012 1:59 PM
Benar..UBA tidak akan relevan lagi bila STAR bersatu dengan PR. Kerana kita tahu PR itu bukannya parti Borneo.
February 23, 2012 2:02 PM
PR mahu bersatu dengan STAR..Tidak mungkin.. Sedangkan JK sendiri keluar dari PR kerana tidak setuju dengan apa yang mereka perjuangkan.
February 23, 2012 2:03 PM
Lama sudah JK kenal dengan PKR tidakkan dia mahu bersatu dengan PR lagi. Sungguh mustahil itu akan berlaku.
February 23, 2012 4:30 PM
Sejauh mana tu boleh dinilai pada PRU13.
February 24, 2012 11:23 AM
mampukah STAR bersatu bersama UBA dan PR? masing2 ada kepentingan dan objektif tersendiri. last2 semua mementingkan diri sendiri dan tidak sanggup pula berkongsi bila benar2 telah berjaya.
Post a Comment