Dengan ada nya sambutan mengalakkan dari rakyat saperti yang ditonjolkan di Keningau, Dr Jeffery Kitingan merasakan STAR sudah bersedia untuk berhadapan dengan PRU13 bila-bila masa.
STAR Sabah dengan slogan 'Ini Kali Lah', sekali lagi mengorak langkah dengan mengembangkan sayap nya dikawasan Pedalaman Sabah dengan meresmikan 3 bahagian STAR bertempat di pekan keningau, Sabah baru-baru ini.Ketiga-tiga bahagian STAR tersebut merangkumi kawasan Parlimen Keningau, Tenom dan Pensiangan.
Acara perasmian itu dilancarkan dengan penuh semangat oleh Pengerusi STAR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan dengan dihadri oleh 2,000 penyokong STAR.
Dalam pada itu, ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Pensiangan, Danny Andipai, menyerahkan borang permohonan kepada Dr Jeffrey untuk menjadi ahli STAR. Dalam sessi itu, beliau menyatakan bahawa beliau telah hilang keyakinan terhadap parti yang berpusat di Semenanjung.- Kerana kata beliau, parti dari Semenanjung itu hanya sekadar 'indah bahasa dari rupa', disampinng semua keputusan penting parti hanya ditentukan di Kuala Lumpur.
- kata Andipai selanjutnya, semua dasar diputuskan oleh pemimpin parti dari Semenanjung tanpa menghiraukan kehendak sebenarnya rakyat Sabah. Justeru itu maka beliau meletakkan jawatan dalam parti PKR dan menyertai parti STAR yang diketua oleh Datuk Dr Jeffery Kitingan.
Dalam majlis yang sama, Pengerusi Parti DAP Cawangan Tanjung Aru, Dr Felix Chong Kat Fah, turut menyerahkan borang permohonan menjadi ahli STAR kepada Dr Jeffrey pada.Dr Chong, ada lah bekas pengarah Hospital Duchess of Kent, Sandakan disamping menjawat jawatan Penasihat biro Perubatan dan Kesihatan parti DAP Sabah.
- Menurut sumber, dua hari yang lepas, Dr Chong Kat Fah, 44, meletakkan jawatan melalui surat yang dihantar kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng. Beliau juga mengumumkan pembubaran DAP cawangan Tanjung Aru.
- Dalam sessi tersebut bekas Ahli majlis tertinggi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Peguam Martin Tommy juga telah menyertai STAR.
- Sebelum itu, beliau dikatakan memakai baju STAR dan bergaul dengan pemimpin-pemimpin STAR negeri sebagai tanda sokongan kepada parti STAR.
Dalam ucapannya, Dr Jeffrey menyeru rakyat tanpa mengira latar belakang etnik dan agama diseluruh Sabah untuk bersatu dan menyokong perjuangan STAR dan rakan-rakan nya dalam komponen parti 'United Borneo Alliance(UBA)'.Selanjutnya kata Jeffrey, beliau amat gembira lagi teruja melihat sokongan padu penyokong yang hadir pada hari itu, sehingga memberansangkan lagi semangat beliau serta pemimpin UBA yang lain meneruskan perjuangan menuntut untuk mengembalikan hak-hak negeri dan rakyat Sabah.
Saperti biasa beliau akhiri dengan kata, ' Kalau bukan sekarang bila lagi dan kalau bukan kita siapa lagi...Ini Kali lah.'



February 14, 2012 2:51 PM
Star juga sudah bersiap sedia menghadapi PRU-13. Nampaknya semua dah yakin sekarang, baguslah kalau macam ni.
February 14, 2012 2:52 PM
PRU-13 kali ini pasti akan bertambah menarik dengan adanya parti Star. Apa yang kita tunggu sekarang adalah pengumuman tarikh sebenar PRU.
February 15, 2012 4:11 PM
star masih baru, perlu ada persediaan lebih untuk hadapi PRU.
February 16, 2012 9:45 AM
cepatnya STAR buat persediaan. baru saja dilancarkan pada 6 Jan, sekarang sudah sedia menghadapi PRU. baguslah..
February 16, 2012 9:48 AM
STAR sudahkah dapat keahlian serata Sabah?
February 16, 2012 9:56 AM
JK tengah kumpul ahli dan penyokong2. PRU13 akan menentukan hasil usaha STAR dan JK.
February 16, 2012 9:58 AM
Mampukah STAR mengalahkan komponent BN?
February 16, 2012 1:48 PM
Nampaknya banyak parti yang telah bersedia untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa. Semoga BN pun akan terus mengekalkan kerusi yang ada sekarang.
February 17, 2012 10:06 AM
Parti-parti pembangkang di Sabah sudah mencapai kata sepakatkah? Selagi bukan 1 vs 1, BN tetap menang.
February 17, 2012 11:29 AM
bersedia macam mana sekalipun, jika undi pembangkang berpecah, STAR tetap tidak mempunyai peluang untuk merampas negeri ini..
Post a Comment