Schellekens menambah bahawa bilangan rakyat Malaysia yang mahir tinggal di luar negara telah meningkat tiga kali ganda dalam dua dekad yang lalu dengan dua daripada setiap 10 rakyat Malaysia memilih untuk meninggalkan negara sama ada untuk Organisasi Pembangunan Kerjasama Ekonomi OECD atau ke Singapura. Dianggarkan sekitar dua juta rakyat Malaysia bekerja di luar negara sejak merdeka.
Dalam isu yang sama, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng melihat penghijrahan bakat ini gagal dibendung oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui transformasi Ekonomi Malaysia, transformasi 1Malaysia dan lain-lain bentuk transformasi.- Selain dari itu, usaha Najib mengekang penghijrahan bakat rakyat negara ini ke luar negara telah gagal ekoran penghijrahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif CEO Petronas Tan Sri Hassan Marican ke Singapura.
- Kata Lim, amat menyedihkan bagi Malaysia apabila kita tidak dapat mengekalkan yang terbaik dan cemerlang seperti Tan Sri Hassan Marican yang terbaru dalam senarai bakat yang berpindah ke luar negara
Tan Sri Hassan(gambar kiri) meninggalkan syarikat minyak negara kita pada tahun 2010 berpunca daripada pergeseran dengan pentadbiran semasa dan sejak itu beliau telah dilantik sebagai pengarah dalam firma- firma luar negara seperti syarikat- syarikat berkaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd SembCorp Marine Ltd dan Singapore PowerIni amat menyedihkan lebih-lebih lagi apabila Tan Sri Hassan telah meletakkan Petronas ke dalam senarai syarikat gas dan minyak antarabangsa seperti hari ini.



February 20, 2012 9:12 PM
kerajaan sepatutnya kerap berhubung dengan bakat2 kita yang berada diluar negara bagi mengetahui apa sebenarnya punca yang mendorong mereka meninggalkan negara ini. jika fenomena brain drain ini berterusan dan terus meningkat, ianya mampu menjadi kerugian yang paling besar untuk negara ini..
February 21, 2012 3:08 PM
kebanyakan rakyat2 yang berbakat berhijrah ke luar bandar, kerajaan kena ambil langkah bagi menggalakkan mereka bekerja dan berkhidmat untuk negara.
February 21, 2012 5:51 PM
Masalah 'brain drain' ini perlu dibendung sebelum ia menjadi kronik. Kenal pasti punca sebenar kepada masalah ini.
February 21, 2012 5:53 PM
Jika majoriti yang bijak-bijak dan berkebolehan bekerja, tinggal di luar negara, apa yang tinggal untuk negara kita? Silap-silap PATI yang takeover.
February 22, 2012 9:28 AM
Kerajaan perlulah mengambil tindakan untuk mengekalkan bakat daripada keluar daripada negara kita.
February 22, 2012 11:16 AM
Kebanyakan rakyat tempatan lebih suka bekerja di luar negara kerana mampu mendapat pendapatan lebih tinggi, lebih banyak peluang untuk membuktikan kemampuan mereka dan diberikan layanan serata tidak kira apa bangsa dan agama mereka. Mungkin kerajaan perlulah mengaji semula cara untuk menarik mereka kembali.
February 22, 2012 2:46 PM
Cari bagaimana untuk menarik bakat masyarakat diluar Negara untuk datang berkhidmat di Negara sendiri.
February 23, 2012 4:22 PM
Perlu dikaji semula dan tingkat tawaran yang menarik hati supaya mereka mahu berkidmat di M'sia
Post a Comment