
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Kamis A.R. Majid, bilangan pendaftaran pencari kerja melibatkan siswazah dan bukan siswazah bagi tahun lalu meningkat kepada 34,887 orang berbanding 21,952 orang pada tahun sebelumnya.Kata beliau, kekosongan jawatan yang direkodkan meningkat daripada 69,120 (2010) kepada 201,686 (2011) dengan 4,663 bilangan majikan yang mendaftar.
Daripada jumlah itu, seramai 9,735 orang berjaya menerusi penempatan pekerjaan pada 2011 berbanding hanya 6, 427 orang pada tahun sebelumnya, katanya dalam sidang media sempena Karnival SkillsMalaysia Sabah 2012 di Perkarangan Pasaraya Giant di Sandakan baru-baru ini.
Kalau kita perhatikan lapuran ini dari konteks bilangan, sebanyak 25,151 (34,887-9,735) daripada golongan siswazah dan bukan siswazah masih lagi menganggur. Wal hal jawatan kosong yang maseh perlu di isikan ada lah 191, 951(201,868-9,735) setelah ditolak dari jumlah yang telah di isi oleh mereka yang berjaya mendapat kerja tersbut.Kerunsingan dan persoalan timbul terhadap kosongan jawatan yang maseh begitu banyak belum di isi oleh 12, 217 orang yang maseh menggangur itu?
Ada kah disebabkan jawatan yang masih kosong itu tidak sesuai dengan kelayakan pencari kerja. Atau pun pekerjaan tersebut telah diisi oleh pekerja asing? atau pun lapuran yang diberitakan ini tidak betul.



March 5, 2012 1:50 PM
samada mereka ni memilih sangat atau mereka memang benar2 tidak mencukupi syarat kelayakan untuk mengisi kekosongan tersebut. kerajaan perlu mencari puncanya.
March 6, 2012 11:46 AM
Mudah2an warga Sabah yang masih menganggur tu dapat pekerjaan.
March 6, 2012 1:38 PM
JTK kena kenalpasti kenapa masih ramai masih menganggur walaupun byk peluang pekerjaan ditubuhkan.
March 6, 2012 3:36 PM
Teruskan usaha memastikan pengangguran ini dapat ditangani.
March 8, 2012 12:29 PM
Bedasarkan kepada angka stastistik yang telah dipaparkan dalam artikel ini hasil nukilan tuan punya blog secara analitikal ianya amat mengaibkan masih terdapat ramai golongan siswazah dan bukan siswazah masih menacari kerja walaupun depan-depan mata mereka masih terdapat banyak kekosongan.
Walau bagaimanapun persoalan "kegagalan pengisian kekosongan oleh baki penganggur dari golongan siswazah dan bukan siswazah" adalah tidak wajar menggunakan "pekerja asing" sebagai 'SCRAPE GOAT' atau pihak yang dipersalahakan. Sekiranya ini lah realitinya, saya percaya angka ini tidak akan diumumkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Kamis A.R. Majid. Rakyat sekarang pandai menilai dan berpandangan kritis.
Memang tidak dapat dinafikan juga perkara yang diutarakan dalam artikel ini (yang menyentuh soal kekosongan jawatan-jawatan ini) masih wujud. jawatan yang masih kosong itu tidak sesuai dengan kelayakan pencari kerja.
Walau bagaimanapun, dengan menggunakan 'ketidaksesuaian kelayakan dengan pekerjaan yang ditawarkan' sebagai justifikasi kepada fenomena ini adalah kurang tepat.
Ini kerana Jabatan Sumber Manusia Negeri juga menawarkan latihan secara percuma kepada belia untuk melengkapkan diri supaya dapat mengisi kekosongan tersebut.
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), telah membelajakan sebanyak RM6 juta pada tahun 2010 untuk menyediakan latihan kepada belia, bagi memenuhi bidang-bidang yang kritikal seperti ladang kelapa sawit, hospitaliti dan industri pelancongan.
Tempoh latihan adalah daripada enam bulan hingga satu tahun dan pelatih akan diberikan elaun sebanyak RM60 sebulan.
PSM juga mengadakan kursus dalam bidang refleksologi, lanskap, kraftangan dan teknologi maklumat. Jabatan itu juga merancang untuk melatih belia untuk menjadi penyelam, pembantu pemain golf atau bekerja dalam bidang tekstil.
Kursus jangka panjang dalam bidang perdagangan dan teknikal selama setahun hingga dua tahun juga disediakan di Institut Latihan Perdagangan dan Teknikal di Pantai Manis, Papar.
Antara kursus yang ditawarkan ialah kesetiausahaan dan pengurusan, dandanan rambut, kecantikan, automotif, pendawaian elektrik dan pembaikan serta pembaikan komputer.
Walaupun dengan adanya 'peluang-prluang untuk memajukan diri' secara percuma yang diberikan oleh pihak kerajaan menerusi JPSM, persoalanya: adakah dan mengapakah ianya tidak dimanfaatkan sepenuhnya?
Hakikatnya walaupun terdapat banyak peluang pekerjaaan serta latihan kemahiran ditawarkan sacara percuma, tetapi apa yang mengecewakan adalah golongan pencari perkerjaan ini tidak mahu merebut peluang tersebut. Apa yang lagi mendukacitakan adalah mereka terlalu memilih jenis perkerjaan atau bidang yang ingin diceburi. Puncanya datang dari individu itu sendiri sama ada mereka ingin memajukan diri atau tidak.
Terima kaasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca hasil nukilan saya. Saya berharap saya telah sedikit sebanyak telah menumbang pendapat kepada artikel ini.
March 9, 2012 9:42 AM
kebanyakkan jawatan kosong yang masih belum dipenuhi itu tentunya dalam sektor yang kurang diminati oleh belia2 Malaysia seperti perkilangan dan perladangan..
March 13, 2012 3:49 PM
Tidak dinafikan sikap terlalu memilih menyebabkan ramai yang masih menganggur dan majikan pula cenderung untuk mengambil pekerja asing. Situasi ini jika dibiarkan akan memudaratkan. Perubahan sikap dan mentaliti kena ada jika mahukan perubahan positif.
Post a Comment