SUARA BEBAS TUARAN

Isu NCR; Suku Kaum Murut Mahu Peguam Besar Negeri Sabah Di Sogit Seekor Kerbau?

Labels: ,

Baru-baru ini Rainus Sagulau dari suku kaum rungus telah membuat laporan Polis terhadap Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez berhubung isu hak tanah adat Bumiputera (NCR). Tidak lama selepas itu, sekali lagi Rainus Sagulau memfailkan satu lagi saman adat suku Murut di Mahkamah Anak Negeri Tenom.
Rainus mendakwa, suku kaum Murut kini kekal mengamalkan 'Adat Istiadat' dan kenyataan Roderic itu begitu serius melanggar amalan adat Murut.
  • Katanya, ia telah telah mengguris hati dan menyinggung perasaan kaum Murut, malah mereka menganggap Roderic seolah-olah menafikan masyarakat itu wujud dalam perkampungan NCR yang diwarisi mereka sejak turun temurun.
  • Menurut Raibus, perkampongan NCR di Abingkoi, Korolok, Ahuron dan Pongolobon dalam Mukim Rundum telah diduduki oleh nenek moyang kami sejak turun temurun sebanyak lima keturunan/generasi. Tidak mungkin kami dinafikan hak dalam NCR semudah itu,” tegas Rainus.
  • Ketika ditanya apakah yang mereka kehendaki jika Peguam Besar itu bersedia menghadirkan diri menghadapi prosiding Mahkamah Anak Negeri Rainus berkata;
“Setidak-tidaknya Roderic meminta maaf daripada masyarakat Murut yang menduduki kawasan NCR kerana telah tersinggung dengan kenyataannya sebelum ini dan mungkin kami sudi menarik balik setelah Roderic membayar 'Sogit' mengikut pertimbangan Mahkamah Anak Negeri,” tegas Rainus.
Rainus berkata, mengikut amalan adat suku kaum Murut, 'Sogit' yang bakal dikenakan terhadap Roderic; sekurang-kurangnya satu ekor kerbau untuk disembelih demi untuk kesejahteraan penduduk di kawasan berkenaan.
Sumber: Agensi
6 comments:

Memang patut kena sogit dia tu.


Tapi diharap juga ada cara penyelesaian bagi isu tanah NCR yang semakin kritikal.


kenyataan Roderic telah menimbulkan kemarahan penduduk asli Sabah. Roderic kena fahami dahulu keadaan di Sabah sebelum buat pernyataan.


Sogit jangan tidak sogit..Tindakkan AG ini sememangnya Lelah saman adat suku Murut di Mahkamah Anak Negeri.


daripada sogit seekor kerbau, baik minta peguam ini keluar dari Sabah serta merta.. lagipun peguam ini buka orang tempatan Sabah..


Kenyataan yang beliau berikan menimbulkan pelbagai reaksi dan ini juga menimbulkan persoalan sama ada apa yang beliau nyatakan benar ataupun tidak. Sebagai peguam, beliau seharusnya lebih arif akan perihal undang2. Sama ada kenyataan beliau ada motif tertentu atau tidak, sebaiknya beliau jernihkan keadaan dan berhati-hati bila membuat sebarang kenyataan lagi.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails