Beliau berkata penjelasan secara terperinci akan dibuat bagi memastikan rakyat khususnya pada peringkat akar umbi mengetahui perkara yang sebenar.
Katanya dengan adanya penjelasan dan penerangan yang sebenar, ahli parti pada semua peringkat dapat memberikan fakta sebenar kepada rakyat.
Ini membantu mempermantapkan persiapan jentera BN bagi menghadapi pilihan raya ke-13 nanti, katanya.
Sumber: News Sabah Times... Baca berita sepenuhnya...
Komen Solymone
Saya tertanya-tanya sejauhmana kah keberkesanan program tersebut setelah ia nya beroperasi dengan sepenuhnya nanti.?
Apa yang berlaku di Kota Marudu dan Keningau baru-baru ini ada lah sekadar acara perasmian. Belum lagi sessi turun padang dengan membuka counter untuk bersoal jawab dengan orang ramai.
- Sebagai seorang yang serba sedikit pernah mengendali program 'public complaints', terasa bahawa tanggungjawab tersebut bukan semudah saperti yang dijangkakan. Apa lagi kalau ada dikalangan orang ramai itu yang meluahkan persoalan itu terdiri dari kumpulan 'elite', pakar yang tahu banyak maklumat tentang kelemahan struktur politik dan pentadbiran kerajaan?
- Saya merasa sangsi sama ada jentera kerajaan diperingkat bahagian(Zone Parlimen) sudah bersedia berhadapan dengan kumpulan-kumpulan yang saya nyatakan itu.
Kerja-kerja saperti ini perlu kebijaksanaan, pengalaman, kepakaran dan juga kesabaran. Kalau tidak ia nya akan mengundang suasana yang kelamkabut, pertengkaran dan akhir nya matlamat menemui jalan buntu. Dalam artikata yang ringkas,.. kegagalan.Atau disebalik nya kerajaan sudah menyediakan jentera yang mempunyai kepakaran berhadapan dengan siapa sahaja dinegeri ini.
Sebagai contoh saya letakkan beberapa persoalan berikut untuk kerajaan BN negeri Sabah fikirkan sebagai langkah 'preempitve';
i) Masaalah semasa
- Dapat kah kerajaan mengembalikan tanah adat (NCR) yang dirampas oleh syarikat besar kepada yang empunya?
- Apa kah plan induk atau pun strategi kerajaan dalam menangani kemiskinan sapertimana yang dilapurkan oleh Bank Dunia?
- Apa kah strategi yang masuk akal kerajaan untuk mengurangkan pengangguran dan penghijraan belia ke semenanjung Malaysia yang maseh berterusan?
- Cara-cara kerajaan membenteras Ketidakadilan dalam pengagihan kontrak-kontrak mega kepada semua kontraktor yang ada lesen klass 'A' yang berdaftar dengan PKK dan Pukonsa(di lapurkan berleluasa di Sabah)?
- Punca Kegagalan kerajaan negeri dan perseketuan dalam menangani infrastruktur asas yang daif dikawasan luar bandar negeri Sabah. Dan bagaimana cara kerajaan menyelesainya?
- Tindakan serius kerajaan bagi mencegah kenaikan harga barang keperluan yang berterusan saban hari?
ii) Sama Ada BN Serapkan Isu Berikut Dalam Manifesto PRU13?
- Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara-perkara yang termaktub di dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan yang melanggar Perkara 20 dihentikan serta merta.
- Sama ada kerajaan mempunyai cadangan untuk melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam untuk memastikan jawatan-jawatan utama dipegang oleh rakyat Sabah.
- Mengkaji semula bidang kuasa mengawal cukai, kewangan, dana pembangunan, tariff dan hasil-hasil Kerajaan Negeri dengan mencari formula pembahagian hasil yang adil dan saksama dengan Kerajaan Persekutuan.
- Menuntut hak ke atas semua pulau-pulau kecil diperairan Sabah yang masih belum diselesaikan tuntutannya untuk menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan juga hasil minyak dan gas diperairannya.
- Mewujudkan semula Jawatan Kementerian Pendidikan, Pengangkutan dan Kesihatan Sabah untuk pelaksanaan polisi yang berkesan adil dan saksama.



March 5, 2012 6:36 PM
Terlalu banyak pembangkang, susah nak percaya mereka..siapa betul siapa salah??
March 5, 2012 6:38 PM
Tunggulah undian kali ini, kita tunggu dan tengoklah.
March 6, 2012 11:49 AM
Rakyat pun sekarang semakin matang tentu mereka boleh menilai dengan bijaksana. Jadi, mungkin penentuan dari penilaian tu kita boleh nampak pada PRU13.
March 6, 2012 1:32 PM
pembangkang mmg suka memain dan memanipulasikan isu. rakyt jgn mudah terpengaruh dan perlu bijak membuat penilaian.
March 6, 2012 3:29 PM
Kerajaan tidak akan tergugat dengan apa sekali pun pembangkang ingin lakukan. Kerana bagi kerajaan yang penting adalah tanggungjawab kepada rakyat dan juga negara itu lebih penting.
March 8, 2012 4:25 PM
persoalan berkenaan dengan masalah semasa Sabah seperti yang disenaraikan diatas perlu juga dijawab oleh pemimpin2 pembangkang sekiranya berjaya merampas kerajaan, kecuali point no, 5..
March 13, 2012 4:13 PM
Kerajaan perlu sediakan penjelasan kepada pembangkang agar rakyat lebih jelas dengan situasi sebenar. Memanipulasikan fakta memang tidak asing lagi dalam permainan politik. Mereka yang sering didorong oleh emosi mudah untuk jatuh ke perangkap ini.
Post a Comment