Gara-Gara Menaikan Harga Minyak, Pagar Parlimen Indonesia Di Roboh
Saturday, March 31, 2012
Penunjuk perasaan yang melakukan demonstrasi di luar kawasan Parlimen Indonesia bagi membantah rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak bersubsidi telah bertindak merobohkan sebahagian pagar kawasan itu petang Jumaat.Mereka merobohkan pagar sebelah kiri dan kanan pintu gerbang utama Parlimen Indonesia, ketika para wakil rakyat sedang bersidang untuk
membuat keputusansama ada meluluskan atau menolak rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak bersubsidi sebanyak Rp1,500 (55 sen) mulai bulan depan.Kejadian itu memaksa anggota pasukan keselamatan membentuk sekatan bagi menghalang penunjuk perasaan daripada menyerbu masuk ke bangunan Parlimen.
- Beberapa kumpulan penunjuk perasaan telah mengadakan demonstrasi di luar bangunan Parlimen sejak pagi ini, dalam tindakan demonstrasi secara besar-besaran hari ini bagi membantah rancangan kenaikan harga minyak itu.
- Polis menyediakan 22,000 anggota pasukan keselamatan termasuk 8,000 anggota tentera bagi mengawal keselamatan dan memelihara ketenteraman awam di ibu negara serta bandar-bandar di sekitar Jakarta. Pasukan keselamatan telah membuat persediaan untuk mengawal keadaan terhadap demonstrasi besar-besaran yang mereka jangka akan disertai 81,000 orang di seluruh negara pada Jumaat.
Di Jakarta, penunjuk perasaan menumpukan demonstrasi di tiga tempat iaitu di luar Parlimen, di Bulatan Hotel Indonesia dan di luar Istana Merdeka, iaitu pejabat Presiden Indonesia.Demonstrasi sama turut diadakan di sejumlah bandar di seluruh negara. Sehingga berita ini ditulis malam Jumaat, persidangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) belum membuat keputusan mengenai cadangan kerajaan itu kerana dua parti gabungan dalam kerajaan mengambil pendirian untuk tidak menyokong rancangan tersebut.
69 Pekerja Asing Di Berkas Imigresen Sabah
Friday, March 30, 2012
MOHAMMAD MENTEK (kanan) memeriksa salah satu dokumen milik seorang pekerja asing dalam serbuan itu kelmarin.
Manakala minggu ini bilangan tersebut bertambah setelah seramai 69 PATI yang bekerja di kawasan tapak pembinaan dikawasan Kota Kinabalu ditahan Jabatan Imigresen dalam dua serbuan berasingan kelmarin.
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Mohammad Mentek, berkata serbuan yang dibuat kira-kira jam 10 pagi itu dilakukan di dua lokasi tapak pembinaan iaitu di Jalan Kelombong dan Kampung Gudon dikawasan Kota Kinabalu.- “Terdapat beberapa pekerja yang cuba melarikan diri dan bersembunyi ketika serbuan dibuat, namun usaha mereka gagal apabila berjaya diberkas oleh sepasukan penguatkuasa Jabatan Imigresen,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian kelmarin.
- Mohammad Mentek berkata, dalam serbuan kedua, di kawasan tapak perumahan Kampung Gudon, seramai 29 Pati ditahan daripada negara Filipina dan Indonesia atas pelbagai kesalahan mengikut peraturan Jabatan Imigresen.
- Daripada jumlah itu, seramai 21 lelaki berjaya diberkas, manakala seramai empat wanita dan empat kanak-kanak ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut peraturan Jabatan Imigresen.
- Hasil pemeriksaan juga mendapati tapak perumahan ini sudah pernah diserbu sebelum ini, namun berdasarkan maklumat bahawa sering kawasan perumahan itu sering dimasuki pencuri disebabkan kehadiran Pati di tapak perumahan terbabit, dan pihak kami membuat pemantauan sebelum bertindak menyerbu kawasan berkenaan,katanya.
Berdasarkan dua serbuan tersebut, sebanyak 120 individu diperiksa dan hasilnya berjaya menahan seramai 69 Pati atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah, dokumen tamat tempoh dan menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja, kata Mohammad MentekSemua mereka yang ditahan akan dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Kota Kinabalu untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke Pusat Tahanan Sementrara di Papar untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.
Sumber: Utusan Borneo
Sukar Untuk Ramal Keputusan Pilihan Raya?
Friday, March 30, 2012
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan".Beliau berkata pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya.
Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan, katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
- Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.
Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib."Kemungkinan perkara itu ada benarnya dan tidak," katanya.
Azab Nya Rakyat Bila Kerajaan Gagal Bela Nasib Mereka?
Thursday, March 29, 2012Hanya Sekadar Pandangan Penulis
Dalam berhadapan dengan cuaca yang panas dan tiupan angin yang kering ini, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sekali lagi kejutkan kita dengan gimik dan janji-janji kosong bahawa kerajaan negeri Sabah perihatin kepada masaalah rakyat. Terutama nya mereka yang tinggal diluar bandar.
Dalam isu ini, Musa dilapurkan sebagai berkata bahawa beliau sedar masih banyak kawasan yang mengalami kekurangan dari segi infrastruktur dan kemudahan asas.
Justeru, beliau mahu semua wakil rakyat dinegeri ini bersedia untuk memberi pembelaan dan bantuan kepada rakyat di kawasan masing-masing. Walhal kemahuan saperti itu hanya lah kekadar janji 'manis dibibir' selama ini.
Tetapi apa yang mengelirukan ia lah persoalan bagaimana kah wakil-wakil rakyat dapat membela rakyat masing-masing? Sedangkan peruntukan untuk menangani masaalah dikawasan masing-masing tidak pernah mencukupi; khas nya kepada kawasan yang benar-benar memerlukan.
Dalam isu ini, Musa dilapurkan sebagai berkata bahawa beliau sedar masih banyak kawasan yang mengalami kekurangan dari segi infrastruktur dan kemudahan asas.
Justeru, beliau mahu semua wakil rakyat dinegeri ini bersedia untuk memberi pembelaan dan bantuan kepada rakyat di kawasan masing-masing. Walhal kemahuan saperti itu hanya lah kekadar janji 'manis dibibir' selama ini.
Tetapi apa yang mengelirukan ia lah persoalan bagaimana kah wakil-wakil rakyat dapat membela rakyat masing-masing? Sedangkan peruntukan untuk menangani masaalah dikawasan masing-masing tidak pernah mencukupi; khas nya kepada kawasan yang benar-benar memerlukan.
Sebagai contoh kekurangan bekalan air bersih dikawasan-kawasan DUN Sulaman, Kunak dan Pitas. Manakala kerusakan teruk jalan DUN Tamparuli, Kota marudu, kawasan Pedalaman (bawah dan atas) dan beberapa kawasan-kawasan yang tidak mampu saya catitkan disini, telah menjadi bebanan dan azab kepada rakyat dikawasan tersebut.
- Permasaalahan jalan dan bekalan air berseh dikawasan tersebut telah tersebar luas dilaman media alternatif saperti fb dan blog. Justeru, dalam jangkakan kita, wakil-wakil rakyat serta pegawai yang berkenaan dikawasan tersebut telah menyampaikan isu ini kepehak atasan, saperti Pengarah dan Kementerian.
Namun pada keseluruhan nya, masih tidak banyak perubahan, selain dari kerja-kerja mengrade dan menabur batu kelikir di sana sini. Wal hal banyak lagi kerja-kerja yang perlu dilakukan saperti membina perparitan siring jalan dan pemasangan 'balancing culvert' atau pun kulbot pengimbang.- Bila kita tanya, pegawai penyeliaan saperti Jurutera-Jurutera Daerah, jawapan nya sama saperti sebelum itu...Peruntukan belum tiba.
Dalam pada itu, Musa juga menekankan bahawa kerajaan akan terus berusaha dan memberi apa juga yang terbaik dari segi pembangunan infrastruktur.- Pembangunan infrastruktur yang mana satu Musa maksudkan kita pun kurang pasti...Apa yang jelas peruntukan sebanyak lebih kurang RM 450 Juta telah diluluskan untuk membina pejabat beliau.
- Kalau lah sekadar meluahkan kenyataan berupa janji yang tidak ditepati, pehak pembangkang lagi bijak membuat janji yang lebih menarik dan berkesan.
- Pehak pembangkang boleh menjanjikan bahawa mereka akan membangun dan menaikkan taraf semua infrastruktur dan kemudahan asas yang bermasaalah dalam kadar yang segera; sekira nya diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan.
Persoalan nya mampu kah pehak pembangkang menepati janji-janji tersebut sekira nya ditakdirkan memerentah? Jawapan nya memang mampu, kerana pada masa itu kerajaan negeri mempunyai peruntukan yang banyak dari kenaikan jumlah agihan cukai yang dikutip oleh kerajaan perseketuan disamping peratusan yang bertambah dari sumber minyak petrol.Dalam konteks ini, apa kah beza nya diantara janji Musa selaku Ketua Menteri dengan janji pehak pembangkang yang belum lagi kita cuba?
Sama-sama kita fikirkanSumber: SabahKini ...Sila Baca berita Sepenuhnya
Cuaca Panas, kering Di Jangka Bermula Mei-September
Thursday, March 29, 2012Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama beberapa agensi lain sedang melaksanakan program pencegahan kebakaran di tanah gambut sebagai langkah pencegahan dan persiapan awal menghadapi musim panas dan kering.
Ia melibatkan beberapa kawasan tanah gambut berisiko tinggi berlaku kebakaran di enam negeri iaitu Pahang, Johor, Selangor, Kelantan, Sarawak dan Sabah, kata Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam kenyataan hari ini.
- "Program ini merangkumi aktiviti pembinaan sekatan saliran dan telaga air tanah bagi tujuan mengawal paras air di kawasan tanah gambut, serta pembinaan menara tinjau bagi pemantauan secara berterusan sebarang aktiviti pembakaran terbuka," katanya.
- JAS melaksanakan program itu dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perhutanan Semenanjung serta Jabatan Perhutanan Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.
- Sehingga 19 Mac, 320 kes pembakaran terbuka dikesan dengan 56 kompaun dan 23 notis arahan dikeluarkan mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
Dalam laporannya pada mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan semalam, JAS turut berkata pengaruh Monsun Barat Daya akan berlaku dan menyebabkan cuaca panas dan kering bermula Mei hingga September.
PATI Dan Rampasan Tanah Menganjakkan Nasib Rakyat Sabah Kearah 'Doomsday'
Wednesday, March 28, 2012Sekadar Pandangan Penulis
Disamping berhadapan dengan fenomena 'global warming' dan krisis ekonomi, penduduk negeri Sabah kini tertekan oleh masaalah PATI dan rampasan tanah adat.
Isu ini semakin hari semakin panas diperkatakan. Mahu pun melalui media alternatif saperti blog, tweeter dan facebook, atau pun diluar sana.
Akhir2 ini ia nya ditambah panaskan lagi oleh berita pemberian sijil lahir daftar lewat dan MyKad kepada 40,000 kanak-kanak 'Stateless' di Senallang, Semporna.
Sehinggakan beberapa orang pemimpin kanan BN Sabah sendiri campurtangan mengarahkan agar aktiviti tersebut dihentikan.
Pada asas nya masaalah PATI dan Rampasan Tanah ini bukan nya hanya berlaku di Malaysia (Sabah khas nya), dilain-lain negara maju saperti Amerika, Europa dan Australia pun berhadapan dengan permasaalahan ini.
Mungkin perbezaan nya, ia lah tatacara mereka menyelesaikan perkara ini agak lebih kemas dan bersistematik.
Kalau kerajaan tidak tangani kes serius ini dalam masa yang terdekat, impak nya akan bertambah berat. Rakyat disini juga yang akan menanggung resikonya didalam masa yang terdekat atau dimasa yang akan datang.
Dalam pada itu, sekira nya kedua-dua perkara ini masih juga tidak dapat dibendung...Tidak heran kalau suatu hari nanti, situasi ini akan menganjakan lagi nasib dan masa depan rakyat disini menuju kesatu distanasi ... Ia itu, 'Doomsday.'
Isu ini semakin hari semakin panas diperkatakan. Mahu pun melalui media alternatif saperti blog, tweeter dan facebook, atau pun diluar sana.
Akhir2 ini ia nya ditambah panaskan lagi oleh berita pemberian sijil lahir daftar lewat dan MyKad kepada 40,000 kanak-kanak 'Stateless' di Senallang, Semporna.
Sehinggakan beberapa orang pemimpin kanan BN Sabah sendiri campurtangan mengarahkan agar aktiviti tersebut dihentikan.
Dalam pada itu, dilapurkan baru-baru ini, ibu tunggal menang kes menuntut tanah di mahkamah tinggi, Kota Kinabalu. Sebelum itu, rayuan 3 syarikat ladang untuk gugurkan tuntutan penduduk tempatan, ditolak mahkamah.
- Hal-hal saperti ini, boleh memalukan disamping menjatuhkan kredibiliti kerajaan itu sendiri. Sedangkan perkara saperti ini belum pernah berlaku dalam sejarah Sabah sehingga Musa Aman diamanatkan memegang kuasa sebagai Ketua Menteri.
- Dalam konteks ini kerajaan perseketuan dan juga kerajaan negeri perlu pekah dan perihatin untuk menyelesai perkara ini demi untuk menenangkan perasaan runsing penduduk tempatan disini.
- Apa lagi bila memikirkan bahawa PRU13 akan diadakan bila-bila masa. Pasti nya hal-hal saperti ini tidak membantu kerajaan BN untuk menambahkan lagi kepercayaan rakyat kepada mereka.
Disebaliknya, perkara ini bukan nya mudah untuk diselesaikan oleh pembangkang sekiranya mereka dibagi mandat oleh rakyat untuk memerentah selepas PRU13 nanti. Walau pun pada hakikatnya mereka menjanjikan akan menyelesaikan nya setelah menerajui kerajaan nanti.
- Isu-isu PATI dan rampasan tanah ini nampak nya semakin hari semakin bertambah rumit. Justeru, kalau ia nya tidak ditangani dalam kadar yang segera, masaalah akan berlanjutan dan bertambah komplek. Sehinggakan ia tidak lagi dapat dapat dibendung.
Pada asas nya masaalah PATI dan Rampasan Tanah ini bukan nya hanya berlaku di Malaysia (Sabah khas nya), dilain-lain negara maju saperti Amerika, Europa dan Australia pun berhadapan dengan permasaalahan ini.Mungkin perbezaan nya, ia lah tatacara mereka menyelesaikan perkara ini agak lebih kemas dan bersistematik.
Dari konteks rampasan tanah ini, sepatutnya kita belajar dari apa yang berlaku dan dirasai oleh rakyat palestin bilamana kerajaan Zionist Israel sesuka hati merampas tanah mereka. Sehinggakan seluruh dunia turut mengutuk perbuatan tersebut.
- Untuk itu, kita tidak mahu perbuatan keji ini berleluasa disini. Cukup lah dengan apa yang sedang berlaku masa kini.
Dalam hal ini, kerajaan negeri perlu 'turun padang', mengkaji semula tindakan yang dikatakan kejam dan tidak berbelas kasihan terhadap mereka yang terlibat.
- Pasti nya, banyak cara-cara alternatif yang boleh diketengahkan oleh kerajaan negeri. Termasuk perundingan yang memenangkan ketiga-tiga pehak (penduduk tempatan, syarikat perladangan dan kerajaan negeri).
- Mengenai masaalah PATI dan projek Mykad itu, RCI yang lapurkan telah dipersetujui itu perlu lah dilaksanakan dalam kadar yang segera. Kalau mampu, dibuat sebelum PRU 13 ini nanti.
Kalau kerajaan tidak tangani kes serius ini dalam masa yang terdekat, impak nya akan bertambah berat. Rakyat disini juga yang akan menanggung resikonya didalam masa yang terdekat atau dimasa yang akan datang.Dalam pada itu, sekira nya kedua-dua perkara ini masih juga tidak dapat dibendung...Tidak heran kalau suatu hari nanti, situasi ini akan menganjakan lagi nasib dan masa depan rakyat disini menuju kesatu distanasi ... Ia itu, 'Doomsday.'
KPI Pembunuh Senyap Sektor Pekerjaan?
Tuesday, March 27, 2012Amalan memecat pekerja kurang cemerlang dianggap antara ‘pembunuh senyap’ sektor pekerjaan di Malaysia, kata beliau.
“Takut akan diberhenti akan menyebabkan pekerja tertekan terutama mereka yang mempunyai keluarga dan anak-anak. Ini menyebabkan mereka tertekan kesan daripada kegagalan mencapai sasaran ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Kebangsaan Kakitangan Pengurusan dan Profesional Malaysia di Lundu Sarawak, semalam.- Beliau berkata, kesatuan mahu melihat ‘keharmonian’ dalam sektor pekerjaan, dan amalan memecat pekerja kurang cemerlang sebenarnya bukan amalan yang baik untuk jangka panjang.
- “Majikan seharusnya boleh memotivasi dan menyediakan latihan lanjutan kepada pekerja terutama yang tidak memiliki kemahiran. Memecat pekerja hanya akan menjejaskan perkembangan industri,” tambahnya.
- Shafie memberitahu dalam beberapa kes, ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat tidak melihat kepentingan sumber manusia dan hanya mementingkan keuntungan.
Sementara itu, Pengarah UNI-Asia Pasifik, Jayasri Priyalal menggesa majikan mengutamakan pertumbuhan dan keuntungan jangka panjang bukannya pulangan jangka pendek.Pertumbuhan jangka pendek adalah berbahaya dan sering menyebabkan pekerja dalam keadaan tertekan, sekali gus memaksa mereka bekerja tanpa had yang akhirnya membawa kesan negatif, jelasnya.
Anwar Saman Nalla, Utusan RM100 Juta?
Tuesday, March 27, 2012
Setelah seringkali dicabar, akhirnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta, terhadap Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.Anwar memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.
Anwar selaku plaintif, menamakan Nallakaruppan, UMMB dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing selaku defendan pertama hingga ketiga.Saman itu berhubung artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk: “Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla” bertarikh 20 Mac lalu.
- Memetik laporan Utusan Malaysia isnin beberapa rakan dan sekutu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mempertikaikan tindakan pemimpin itu berhubung dakwaan Ahli Dewan Negara Datuk S Nallakaruppan yang menuduhnya sebagai seorang biseksual.
- Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang juga bekas pemimpin PKR mempertikaikan tindakan Anwar yang mahu mengheret Nallakaruppan ke mahkamah.
- Katanya, sebelum ini, Anwar tidak menyaman Karpal Singh walaupun Pengerusi DAP itu pernah mendakwa beliau sebagai peliwat.
- " Semasa Anwar bersama kerajaan dulu, Karpal pernah membuat dakwaan bahawa beliau seorang peliwat dan mempunyai bukti kukuh, tetapi Anwar tidak pula mengambil sebarang tindakan undang-undang sehinggalah hari ini.
- “ Ketika itu, kedua-duanya belum ‘sebulu’ Anwar bersama kerajaan dan Karpal di pihak pembangkang, tetapi hairan pula mengapa apabila Nallakaruppan membangkitkan isu biseksual, beliau menerima notis daripada peguam Anwar,” katanya.
Sementara itu, dua lagi sekutu Anwar bekas timbalan presiden PKR Dr Chandra Muzzafar dan bekas Timbalan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah mencabar Ketua Pembangkang itu mengheret Nallakaruppan ke mahkmah.Chandra yang kini Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) berkata, Anwar hendaklah berbuat demikian sekiranya beliau memiliki keberanian untuk menafikan tuduhan Nallakaruppan.
BN Beri Nafas Baru Kepada Rakyat Sabah Hanya Lah Sekadar Cerita Dongeng Peglipur Lara?
Monday, March 26, 2012Musa menjelaskan kerajaan BN terus memberi harapan dan nafas baru untuk rakyat jelata terus menikmati pelbagai kemudahan asas tanpa mengira siapa dia orang itu.
Justeru, rakyat harus memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasioanal (BN)kerana tanpa sokongan sedemikian maka kerajaan agak sukar memberikan pembangunan di kawasan yang mereka wakili, tegas Musa betika berucap disatu majlis yang diadakan di tengah-tengah jalan raya telah dihadiri lebih 1,000 orang kebanyakannya para penyokong parti kerajaan, selebihnya orang kampung Sim-Sim baru-baru ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa kemungkinan besar kenyataan beliau itu benar berlaku dikawasan Sandakan atau pun dikawasan-kawasan yang berhampiran dengan Bandar tersebut.
Tetapi apa yang berlaku di kawasan pantai barat utara ke-selatan dan di Pedalaman, cerita nya jauh berbeza.
Rakyat disini sebuk mengeluarkan kata-kata kesat terhadapan kekurangan bantuan kerajaan dalam menangani permasaalahan dari aspek infrastruktur asas dan hal-hal yang lain saperti harga-harga barang yang melonjak naik, anak-anak yang menganggur dan berhijrah ke Kuala Lumpur.- Guru-guru semantara yang diberhentikan perkhidmatan mereka, kontraktor kurang mendapat peluang mendapat tawaran
kerja(sebut harga dan tender), masaalah pemasaran produk tani, rampasan tanah adat, hal-hal yang banyak berkaitan dengan pembanjiran PATI dan lain-lain lagi. - Menurut kajian saya (melalui tinjauan dan pertanyaan) terlalu banyak perkara yang perlu kerajaan uruskan di kawasan-kawasan luar bandar sebelum mereka menabik dada dan merayu agar rakyat menerus sokongan penuh kepada kerajaan pemerentah
sapertimana yang pernah mereka tunjukkan pada suatu ketika dehulu.
- Pada pandangan saya, Musa seakan-akan kurang sedar bahawa disebalik kejayaan kerajaan yang beliau canangkan, masih banyak lagi isu-isu pokok yang perlu beliau dan kerajaan Sabah selesaikan dengan merealisasipengagihan peruntukan yang seimbang lagi setabil.
- Kalau permasaalahan ini berpunca dari kekurangan bantuan peruntukan dari kerajaan perseketuan, sepatutnya beliau sendiri yang bertemu dengan PM bagi menerangkan keperluan yang perlu untuk negeri Sabah dalam kadar yang segera.
- Saperti kerusakan jalan-jalan raya dan bangunan-bangunan sekolah yang belum siap sepenuhnya.
Dalam konteks ini, PR dengan Buku Jingga, manakala UBA dengan agenda Borneo mereka.
Seada nya, sebanyakmana pun kerajaan BN
menyangkal bahawa manifesto parti-parti pembangkang ini hanya sekadar janji atau pun retorik, namun kebanyakan dari golongan muda (saperti di selangor) telah membuka hati mereka menerima ideologi pembangkang yang lebih mudah untuk difahami selaras dengan senario yang ada disini.Danny Andipai dan Adris Taripin Rujuk Kempali PKR?
Monday, March 26, 2012Adris (kiri) dan Andipai (kanan) kini kembali bersama rakan seperjuangan mereka yang ditinggalkan sebelum ini, Haji Ansari(tengah) demi untuk memperkasa perjuangan PKR menentang UMNO pada pilihanraya umum akan datang.
Tidak berapa lama dehulu dilapurkan ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Pensiangan, Danny Andipai, menyerahkan borang permohonan kepada Dr Jeffrey untuk menjadi ahli STAR.
Namun baru-baru ini kita dikejutkan bilamana Danny Andipai mantan calon PKR di Parlimen Pensiangan tersebut kini kembali ke pangkuan Parti KEADILAN RAKYAT.
Justeru, dengan perkembangan terbaharu ini, semangat penyokong 'die hard' parti PKR Keningau yang pernah diberitakan hampir lumpuh pasti nya hidup kembali demi untuk meneruskan perjuangan menentang BN dikawasan tersebut.
Saperti biasa, pasti nya berita ini tidak berakhir disini. Tidak mengherankan kalau kita mendengar pelbagai reaksi dan komen akibat tindakan kedua-dua mereka ini. Sama ada komen-komen tersebut berupa sokongan atau pun disebalik nya.
Sumber: Sabahkini
Tidak berapa lama dehulu dilapurkan ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Pensiangan, Danny Andipai, menyerahkan borang permohonan kepada Dr Jeffrey untuk menjadi ahli STAR.Namun baru-baru ini kita dikejutkan bilamana Danny Andipai mantan calon PKR di Parlimen Pensiangan tersebut kini kembali ke pangkuan Parti KEADILAN RAKYAT.
- Dalam masa yang sama, Mantan calon PKR di Parlimen Tenom, Adris Taripin yang menyertai DAP kini kembali ke pangkuan Parti KEADILAN RAKYAT.
- Menurut sumber, keputusan mereka diterima baik oleh pemimpin PKR Negeri termasuk PPN, KC Tenom dan KC Pensiangan.
- Sapertimana yang dipotretkan, pengakuan tersebut disaksikan sendiri oleh Tuan Haji Ansari Abdullah selaku wakil dari PKR negeri Sabah.
Justeru, dengan perkembangan terbaharu ini, semangat penyokong 'die hard' parti PKR Keningau yang pernah diberitakan hampir lumpuh pasti nya hidup kembali demi untuk meneruskan perjuangan menentang BN dikawasan tersebut.Saperti biasa, pasti nya berita ini tidak berakhir disini. Tidak mengherankan kalau kita mendengar pelbagai reaksi dan komen akibat tindakan kedua-dua mereka ini. Sama ada komen-komen tersebut berupa sokongan atau pun disebalik nya.
22 PTI Jual Sayur Di Kundasang Diberkas
Sunday, March 25, 2012
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Mohammad Mentek berkata Seramai 22 warga asing termasuk dua kanak-kanak yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen ditahan dalam ‘Ops Kutip’ yang dijalankan Jabatan Imigresen di sekitar pekan Kundasang Jumaat lepas.Mentek berkata daripada jumlah yang ditahan itu, 13 orang merupakan warga Indonesia manakala 9 orang lagi warga Filipina.
Operasi itu diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohd Noor Abu Bakar di mana seramai 70 orang warga asing telah diperiksa.
Operasi itu juga adalah berdasarkan daripada aduan orang awam yang menyatakan bahawa ada warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan berniaga di kawasan Tamu Kundasang di samping kesalahan-kesalahan imigresen yang lain seperti memegang pas lawatan sosial tamat tempoh dan tidak memiliki dokumen, katanya ketika dihubungi kelmarin.
Pihak jabatan akan membuat pemeriksaan ke semua ladang di daerah berkenaan dalam masa yang terdekat ini, tiada kompromi akan diberikan terhadap majikan yang didapati bersalah, katanya.


